CupCake Time - Moist Chocolate Cupcake

11:02 PG

 

Pupel sempat buat Moist Chocolate Cupcake semalam. saja je try kebetulan bahan ada cuma icing tak sempat buat. pupel guna topping rich yang tinggal putar je. oleh sebab tak suka makan suka buat je. pupel bawa g opis haha. tapi tak lawa sangat sebab tak berapa pro kan.



resepi pupel ambil dari SINI cuma pupel ada ubah-ubah sikit.
So nindia resepi pupel:

Resepi Moist Chocolate Cupcake

Bahan A:
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Serbuk Koko
1 Sudu Baking Powder
1 Sudu Soda Bikabonat
Secubit Garam
3 Sudu Serbuk White Coffe Oldtown Cafe
( Boleh ganti dengan nescafe atau tak yah letak pon takpe)



Bahan B:
2 Biji Telor
1 1/2 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Susu Dutch Lady ( Lebih Sedap Kalau Guna Susu Cair)
1 Cawan Minyak
1 Cawan Air Panas


Cara-Cara:
  1. Ayak kesemua bahan A dan campurkan bersama. Ketepikan.
  2. Ambil Bahan B. Mula-mula pukul 2 Biji telor bersama 1 1/2 cawan gula sampai sebati. Masukkan 1 cawan susu Dutch Lady dan pukul kemudian baru masukkan minyak
  3.  Lepas tu masukkan kesemua bahan A sedikit demi sedikit, pukul sampai sebati.
  4. Masukkan air panas dan pukul lagi sehingga puas hati haha.
Bakar:

Bakar cupcake pada kepanasan 170DC Api atas bawah dan jangan lupa masukkan dalam bekas cupcake comel-comel ye. Bakar sehingga 25 minit untuk hasil yang comel lote. Kalau nak kukus pon takde masalah. Kukus tu pandai-pandai agak-agak. Ambil lidi cucuk kalau licin, oklatu.

Sekian sahaja rancangan masak-masak dari Cake Wife yang baru berjinak-jinak membuat cake. hahaha

You Might Also Like

2 Komen