Dugaan Sebagaimanakah Ini??

8:54 PG

 


Hari ni dah tiga hari dua malam puteh dekat wad. Semalam aku pergi ke klinik haiwan taman equine tu (Tanya Sama Vet). Aku tak tahu nak pergi mana so aku bawa situ. aku tak sangka pulak doktor check satu-satu. Untuk orang yang kurang berduit macam aku (time gaji lagi 21 hari), memang aku agak risau. Dari yang diberitahu, untuk tahan wad je, banyak juga kene. tapi tak apa demi anak aku sorang ni aku redha. mula-mula laki aku bising juga yelah kos sangat tinggi. tapi semalam aku laki bini dipanggil olah doktor. Misi rizal cakap dah boleh balik budak comel tu tapi doktor tahan sebab keadaan putih dah kritikal pon.



Ociba Seputeh Susu Mama.
Terima kasih untuk segala kegembiraan yang kau beri untukku

Dia tunjuk xray putih. Dada dia penuh air. aku tak pasti paru-paru atau dada sebab aku macam tak berapa paham tambah kesedihan membuak-buak tapi aku tak nagis macam hari pertama aku bawa dia ke TSV ni. Depan misi rizal aku nages sebab aku sedih gila. Semalam aku buntu. Doktor tak bagi apa-apa harapan. Aku cuma boleh redha kalau dia pergi tinggalkan aku. Malam semalam doktor cuba keluarkan air yang ada tapi doktor cakap cepat atau lambat air tu akan ada balik dan dia tak memberikan peluang apa-apa pada puteh untuk terus hidup.

Dia cakap puteh kene virus. Laki aku terus sunggul. Balik tu aku mintak maaf kat laki aku sebab dia dah berabis banyak untuk kos puteh. yelah dia dah la nak pergi cina ahad ni (kalau jadi) lepas tu banyak lak duit berabis kat puteh tapi aku tengok laki aku redha. Dia kata "kita bantu puteh semampu kita, kalau dia pergi abang redha."

Aku tak mampu nak cakap apa-apa lagi dah. Malam tadi aku pandang puteh. Kuat puteh..dia masih bertahan dalam kondisi yang sangat kritikal. Dia masih meow walaupun tak sekuat dan segarang biasa. Dia masih mampu berjalan walau perlahan menuju ke doktor. Aku rasa dia nak hidup. dia suruh doktor tolong dia.

Laki aku cakap "abang tak sanggup nak pandang puteh..sedih.." hati aku lagi sedih. Aku jaga dia macam anak aku sendiri. Tak pernah aku bezakan dia dan aku. Kalau mama boleh tidur atas tilam empuk, kenapa tidak anak-anak mama semua? Aku jaga anak-anak aku sepenuh hati aku. Mandikan dia.. Berikan dia makan bahkan cebukkan dia berak. Lepas berak aku jadi orang pertama kejar anak bulus aku tu untuk dibersihkan dari najis2 yang ada. basuh kaki dia.

Malam tadi aku menagis. Hasilnya mata aku bengkak kalah bibir aku. huhu. Aku nages sebab aku fikir, puteh anak baik...kenapa dia diberi dugaan sebegini kuat. Kenapa?? Dia cuma seekor kucing yang cuma mengharapkan kasih dan sayangnya kepada aku seorang manusia. Macam mana dia akan datang? Akan tinggalkan aku?? Dia tiada harapan nak hidup tapi dia masih kuat. Aku sayang piteh sangat-sangat.

Orang kata aku bodoh menagis kerana kucing, tapi cuba kau berada dalam kondisi aku. cuba...

Ya Allah Ya Rabbi, aku berserah padamu atas nyawa pinjamanmu itu. berikan kemudahan untuknya menghadapi saat ini. Jika dia tidak dapat diselamatkan lagi...biarlah dia pergi secepatnya supaya dia tiada menderita. Amin

You Might Also Like

2 Komen