Resepi Jeruk Limau Nipis

9:14 PG



Semalam ada buat entri pasal Jeruk Limau Nipis dan ada yang bertanya macam mana nak buatnya. Semalam pupel ada call mak dan mak ada bagitahu cara-caranya. lepas tu pupel ada google pasal resepi jeruk tu dan jumpe di blog Nukilan Hati Amira. So pupel kongsi dekat sini. Credit kepada Nukilan Hati Amira untuk gambar ye  :)


Bahan-Bahannya ialah : 
limau nipis, gula, garam dan cuka

Cara-caranya ialah : 
Kikis kulit limau nipis sikit bagi hilang rasa pahit, celur/rebus dengan air panas sekejab. tuskan dan potong 4 tapi jangan putus. godak air garam, gula dan cuka. kemudian masukkan limau. gaul. simpan didalam bekas yang tertutup dan tidak dimasuki cahaya. nak letak dalam petiais pon boleh. lagi lama lagi sedapppppppppp.

Cara Makan:
Makan bersama dengan sambal belacan, sayur bening, atau kuah apa-apa. tambah ikan goreng dan ikan kering dengan nasi panas memang terangkat!!! Makan macam kita makan budu tau. tapi tak payahlah letak cili bagai tu. gaul2 dengan nasi masuk mulut. sedapnye.kecur tekak aku.

Jeruk ni pun sangat diperlukan kalau nak buat acar buah. korang pernah dengar tak? kalau kat johor, pergi umah orang kawen wajib ada acar buah kan. peh..tu lagi terangkat.. sekarang ni dah ada yang jual dah siap kalau malas nak buat pun.. 


You Might Also Like

4 Komen