U-Trim

11:11 PG

Assalammualaikum W.B.T


Sejak menggemuk dengan jayanya, aku pon sibuk cari cara untuk kuruskan badan. Bukan tak nak g Gim tapi aku pernah pergi dulu hangat-hangat taik ayam je. lepastu nak pergi senam/aktiviti kat umah tu kalau takde laki aku memang tidaklah. dulu makan herbalife, turun tapi mahal sangat.. makan acai berry orang kata beracun la apalah. ni aku makan fiber pulak.



Aku tengok kak jah kat opis aku ni makan kurus bebenolahai.. aku pon nak try lah. memula minum benda ni memang takde selera langsung. mak aku masak sesedap haritu aku sentuh sikit je.. kejenye haus je 24jam.

Kene minum pagi-pagi waktu perut kosong. So datang opis terus pergi Pantri KBHEA terus shake menda ni. nasib baik bekas shake herbalife ada lagi. tu la kerja aku pagi-pagi. buat dengan air sejuk. sekali teguk jelah. rasa pun oklah limau-limau gitu.. boleh telan. kalau susu tu bercinta!


Ini lah rupanye. ijau-ijau macam daun israel kene blander hahaha. takleh tunggu lama-lama nanti dia kembang sama kembang dengan tekak aku!.. buat masa ni aku baru makan 11 paket bersamaan dengan dah habis 1 kotak dan mula kotak baru. Berat aku turun sikitlah alhamdulilah.. 

Tapi asik rasa pedih perut je aku ni..laparnye tak. tapi kalau tak makan mulalah berangin. Benda ni buat kita kenyang. nak makan apa pun makan jelah tapi dah kenyang tu stop lah jangan sental juga. laki aku pulak dah tahu aku dok nak turunkan berat badan ni asik ajak aku makan malam je. geram betul.

Semalam aku tidur tak sedar-sedar, tak masak pun.. hahahha kesian dia. nasib dia dah makan dekat kilang dia. 

p/s: korang nak tahu pasal utrim ni sila google ye. aku beli benda ni kat kelab opis aku ni ha. ada jual.

You Might Also Like

5 Komen