Uhuuiii sejak tahun lepas kerja aku ni asik kene pindah pejabat aje.. Dari aras 13 pie 8 pastu turun 7.. 3 kali pindah waktu mengandung. Ni lepas 7 bulan beranak, pindah lagi aras 8 balik.. Letih betul aku rasa. Tapi pindah kali ni aku tak tolong mana ponn. Sebab aku czer kan baru lagi so aku malehh nak angkat-angkat. Mover pon ada.. Aku pack sikit-sikit je..
Aku siap kemas lawa-lawa dah tempat aku.. Cun la konon-kononnya..
Semalam aku baru je kutuk tak boleh buka blog guna WiFi opis, hari ni boleh pulak.. saje je nak suruh aku updated blog kan kan.. aduhai mata aku ngantuk ni.. dari aku layan mata sampai terlelap baik aku buat kerja berfaedah time takde kerja ni..
Pejam celik pejam celik dah setengah tahun usia anak aku..kim Adeleena. eh kejap kim, kejab dina, kejab nurdina pastu kim adeleena ehhhhh banyaknyaaa namaaaa aku pon kompiussss dah..
Nurdina sekarang udahh start melasak. Melasak minah tu komainnnnn kau.. Sekarang dah pandai angkat bontot (meniarap) pastu dah pandai mengesot.. Kejab je aku letak kat tempat lain, belum aku duduk dia dah kat tempat lain..
*abaikan buaian belakang.. anak aku tak pakai buaian.
tu buaian akak aku..
Kalau dia tidur... punya terkapang.. tangan terbuka kaki terbuka.. Lepas tu mana kita baring situ juga dia nak menyempit. Style dia tidur, menyusu dulu dengan aku pastu dah siap dia berpusing-pusing-pusing sampai jumpe tempat yang betul2 sedap dengan dia pastu tidur. Kebiasaannya meniaraplah. Pastu kang kalau nak susu lagi dia bangun mata tak buka tapi menagis mulut cari txtxk hahaha..
*ni jadi kalau tidur atas katil.
aku pon pening nak menyelit mana
Pastu mulut dia mak datuk kuat bebel dah sekarang. Babababa Tatatata Tehtehteh Aaaaa Oooo.. ni antara yang dia dah pandai sebut. Bila perkataan ni bersambung entah bahasa apa jadinya dahhhh.. Kalau dalam kereta memang duduk dalam car seat sambil membebellah dia. Agaknya dia cerita kat rumah mama main apa, buat apa.. haha
*muka masham sebab ibu lambat bangun nak hantar g umah mama
sampai pintu umah mama dah tak moh pandang ibu.. tunggu sampai mama buka pintu.
Sekarang nurdina juga dah pandai menegur orang. Eh eh eh.. sambil dagu ke atas. Habis orang semua dia tegur lagi-lagi kalau dalam lif. Dia punya pandangan macam bak kata laki aku "tembus mata orang". tapi alhamdulilah anak aku ni murah senyuman macam ayah dia.
Mudah aku rasa jaga anak aku ni. syukur sangat-sangat cuma time dia demam.. mang tak moh langsung berenggang dengan aku. Dengan ayah dia habis kene buli. Tak moh letak nak dukung je. Tapi kalau ada aku, demam-demam pon dia bergolek-golek sambil ketawa.
*demam-demam pon senyumm :)
syukur emas yang ku nanti dalam penantian yang panjang ini membesar dengan sebaiknya
(moga-moga ada rezeki juga kepada sahabat yang menanti.. sabar itu kunci kekuatan)
Huuii lama wei tak updated blog. Tak sempat wei. Kalau dulu sempat balik kerja buka laptop sekarang aku tengok kecik beso kecik beso je laptop aku tu dah berabuk. Sikit hari aku lupa aku letak mana hahaha. Balik je sibuk belek anak. Muahahaha.
Sekarang, mak n abg aku dah dok sama kitaorang so sekarang aku tambah belek mak dengan belek sate. Eh aku sebenarnya nak cerita pasal sate abang aku.. apesal banyak bebeno aku melalut ni.
Ok. Abang aku niaga sate dah lama dahhh. Rasanya mau dah 8 tahun sejak arwah ayah aku meninggal, dia stop niaga nasi lemak dengan mak aku sebab mak aku dah tak de semangat (sebab dulu niaga dengan arwah ayah aku, pagi-pagi mak buat nasi lemak memang arwah ayah yang tolong). Aku ingat lagi, pagi-pagi pergi latihan industri dengan abang aku pastu rembat nasi lemak dan kuih yang dia jual sebelum naik bas. Memang syok!!..
Abang aku ni bukan tak pandai. Dia pandai.. tapi bab pelajaran dia kurang minat. Tapi kau suruh dia buat rumah.. jadik.. suruh masak semua masakan dia sedap. Dia serba boleh itu kelebihan dia. Dia terang-terang cakap malas nak belajar tapi dia suka belajar benda yang boleh buat duit muahaha.
Dulu dia sekolah dekat SMT/V Sungai Abong jurusan katering dan sambung belajar dalam bidang sama dekat Baitulmal punya kolej.. Lepas tu dia kerja di Hospital (bhg masak-masak juga), restoren ayam mas dan balik kampung selepas dia sakit. Dalam setahun dia sakit tak boleh bangun kami adik beradik dan mak jaga dia.. Lepas setahun dia baik dan sejak dari tu, dia memang meniaga untuk cari duit poket start dari niaga nasi lemak la..
Sekarang ni, oleh sebab mak sakit, kami ajak dia berhijrah dekat sini sebab kat kampung, bila dia pergi niaga, mak nak ikut. Dia tak bagi tapi risau gak mak sorang-sorang kat rumah dan sekarang mak terpaksa potong kaki kerana sakit kencing manis. So bagi memudahkan mak dan dia juga, aku ajak duduk rumah kuarters yang aku pinjam dari kerajaan malaysia ni dan ajak dia meniaga sini.
Alhamdulilah, campak mana je abang aku ni memang boleh hidup. Buat sendiri sate dari A-Z , resepi asli sendiri yang dia tak belajar dari mana-mana, sekarang dia meniaga di Pekan Dengkil, berhampiran Restoren Ayam Mas / KFC. Kalau sapa-sapa nak rasa mehlah datang beli. Cuma 50sen secucuk daging/ayam.
(p/s: model tangan ni laki aku hahaha)
Harga jual kat kampung kami dulu (niaga depan Bestfull Parit Jawa) ialah 40sen (start bulan 4 2015 sebelum ni 35sen) (mula niaga 8 tahun lepas dengan harga 25sen naik dari tahun ke tahun (25-30-35sen) kerana harga barang yang semakin meningkat..) tapi sebab kami berniaga di kawasan bandar, kami besarkan sikit sesuai dengan harga 50sen ye.. Jangan la mintak besar RM1 untuk harga 50sen kami tapi kami janji dengan 50sen yang anda beli secucuk tu, berbaloi.. hikhik..
(model laki aku.. kalau g beli, jumpe mamat ni cakap kat dia.. kirim salam kat ibu kim)
HAHAHAHA
Sate ni kami potong hari-hari cucuk hari-hari niaga hari-hari sama dengan kuah kacang. Takde simpan-simpan punya.. Kami terima gak tempahan untuk majlis keraian sebab memang ada pengalaman ngipas sate kat rumah orang kawen, open house dan sebagainya. Biasanya raya memang penuh tempahan alhamdulilah. Tak sangka sebenarnya haritu ada orang baik hati yang viralkan pasal abang dekat facebook (MASAK APA HARI INI) dan aku saja buat post nak bagitau yang kami dah berpindah tuptup viral kat Siakap Keli.. Alhamdulilah dan terima kasih semua.
*ramai pertikaikan dia bawa perdana
abang aku baru beli kereta tu. selama ni dia pakai saga tahun 90an
nak bawa saga tu ke Putrajaya rosak tengah jalan patah balik..
so terpaksa guna kereta ni untuk niaga.
sebenarnya kereta ni dia beli nak selesa jalan jauh bawa mak aku tu hikhik
Antara komen-komen yang aku dapat printscreen. Thanks semua:)