Dah lama tak potong rambut.
Last potong sebelum pergi langkawi. dah panjang sangat da..
tapi en suami komen.
abaikan ayat "mintak2 lekatlah" tu ye
so pupel terus pergi potong. kasi pendek paras ni
ok tak?? ok tak????
hahahahaha.
p/s:tak letak gambar sendiri sebab sejak kawen suami
tak bagi letak gambo free hair dalam tenet dan tak bagi free hari hehee
Semalam ada buat entri pasal Jeruk Limau Nipis dan ada yang bertanya macam mana nak buatnya. Semalam pupel ada call mak dan mak ada bagitahu cara-caranya. lepas tu pupel ada google pasal resepi jeruk tu dan jumpe di blog Nukilan Hati Amira. So pupel kongsi dekat sini. Credit kepada Nukilan Hati Amira untuk gambar ye :)
Bahan-Bahannya ialah :
limau nipis, gula, garam dan cuka
Cara-caranya ialah :
Kikis kulit limau nipis sikit bagi hilang rasa pahit, celur/rebus dengan air panas sekejab. tuskan dan potong 4 tapi jangan putus. godak air garam, gula dan cuka. kemudian masukkan limau. gaul. simpan didalam bekas yang tertutup dan tidak dimasuki cahaya. nak letak dalam petiais pon boleh. lagi lama lagi sedapppppppppp.
Cara Makan:
Makan bersama dengan sambal belacan, sayur bening, atau kuah apa-apa. tambah ikan goreng dan ikan kering dengan nasi panas memang terangkat!!! Makan macam kita makan budu tau. tapi tak payahlah letak cili bagai tu. gaul2 dengan nasi masuk mulut. sedapnye.kecur tekak aku.
Jeruk ni pun sangat diperlukan kalau nak buat acar buah. korang pernah dengar tak? kalau kat johor, pergi umah orang kawen wajib ada acar buah kan. peh..tu lagi terangkat.. sekarang ni dah ada yang jual dah siap kalau malas nak buat pun..
Semalam sibuk dok kemas-kemas dapur. Tiba-tiba ternampak limau nipis yang dah kering. Masa tu terus teringat dengan jeruk limau nipis yang mak selalu buat dulu. Dulu kat kampung banyak sangat buah limau nipis ni sampai tak tahu nak buat apa. Mak ambil rebus dan tus.. kemudian buatkan jeruk. Simpan dalam petiais. Lagi lama lagi kau.
Masa tu pantang ada je, cepat je habis. Makan dengan nasi panas, ikan goreng, sambal belacan dan kuah bening dah cukup terangkat!! Tak macam sekarang Fast Food semua nampak sedap. Tu belum tambah dengan ikan kering.
Oh kecur lidah pupel ni. Hari ni nak pergi beli limau nipis nak buat. Kecur-kecur!
Dulu pupel ada sehelai baju yang pupel akan pakai selagi berpeluang untuk pakai. Kebiasaannya bila basuh, terus jemur.. sanggup berkemban dengan tuala tunggu baju kering lepas tu terus pergi ampaian dan sauk je baju tu. Kadang-kadang, tak sempat nak kering baju tu. Embal-embal lagi pupel dah pakai. Baju tu sebenarnya baju adik tapi pupel suka sangat baju tu sampai tak nak pakai baju lain. Nak tahu baju apa???
Nindia!!!
p/s : kurus tak i dulu hahahahaa.
Kalau aku diberikan peluang atau kuasa sakti dari binatang pasti pupel nak jadi Kucing yang power. Mungkin sebelum ni dah ada Cat Women, apakata tambah satu lagi jadi Meow-Meow Woman. Kelas kau namanya..
Meow-Meow Woman ni nama je macam ada bunga dalam taman tapi selagi masih azalinya seekor kucing haruslah memiliki peribadi yang manja dan penyayang.
Apa yang menyebabkan pupel pilih untuk menjadi Meow-Meow Woman ini adalah kerana sifat-sifat yang ada dalam diri seekor kucing itu sendiri. Antaranya ialah :
1. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.
Nak jadi superhero ni kenelah mempunyai kelebihan. Walau kucing sering dianggap pendek tapi dengan kelebihan melompat tujuh kali lebih tinggi dari tubuh sendiri adalah kelebihan yang perlu ada bagi seorang superhero. Haha. nak kejar penjahat oiii. tak sempat nak naik tangga. liff jauh sekali.
2. Kucing berlari laju
Penjahat datang dengan kereta super laju melarikan diri. Tak payah nak start kereta. Sifat kucing dengan kelajuan berlari 50km/jam memang sempat je nak tangkap penjahat tu semua, bayangkan-bayangkan..
3. Mata kucing boleh melihat dalam gelap.
Wah satu kelebihan, senang nanti Meow-Meow Woman nak memburu penjahat dalam gelap. yelah nak jadi superhero ni ingat senang ke. nak kene banyak ushar supaya penjahat tak terlepas atau kita terperangkap. Bila mata kita power, kita tangkas dengan kelebihan yang ada.. pasti penjahat dapat ditumpaskan dengan mudah. heyaaaaah.
4. Peka dan sentiasa berjaga-jaga
Korang perasan tak kalau kucing dengar bunyi walau dari jauh, terus dia tersentak dan buat muka berjaga-jaga?? itu satu kelebihan yang patut ada bila pupel nak jadi superhero ni. haha. Bila dengar je bunyi yang mencurigakan cepat-cepat berjaga-jaga dan terus rancang strategik untuk bertindak.
opocot mak kau!!!
5. Senjata yang sentiasa bersedia.
Tahu tak bahawa kucing ni ada satu senjata yang sentiasa bersedia. Boleh simpan kalau tak nak pakai. Keluarkan je kalau nak guna. Apa tu?? Dan tentu kuku yang tajam!
kau ada???
sebagai superhero kenelah berjaga-jaga anytime kan. kalau nak pergi dating tiba-tiba nak berlawan tak kan nak bawa pisau bagai. tak payah.. keluar je kuku. strettttttttttttttttttttttttttttttt. dah tewas musuhku haha
pendek kata, kucing ni bukan kucing yang manja-manja je. ada masa boleh jadi mara bahaya. macam tu gak dengan Meow-Meow Woman . So en penjahat. jumpe kat parking ye :)
Kata orang kekecewaan semalam tak bermaknanya membuatkan kita putus harapan pada hari mendatang. Yetak? yetak? menyedari bakat yang ada tak cukup kuat kerana kurang ilmu, teknik-teknik dan pengalaman membuatkan pupel laki bini terduduk tepi kolam air kat wayang alamanda tu. Kami fikir, kalau kami dah sekali melangkah kedepan, kenapa bila kalah, tak berjaya nak terus undur kaki? padahal ada je cara yang boleh buat kami terus kedepan.
Masa tu masing-masing teringat Yamaha Alamanda. Sebelum ini pupel memang nak study main gitar akuastik kat situ tapi sampai la ni tak pergi-pergi nak daftarkan diri. Bukan apa, tak belajar macam mana gitar kat umah tu nak dipergunakan. Takkan nak jadikan hadiah en suami tu hiasan. Belajar sendiri memang boleh tapi takde yang nak membetulkan kalau kita salah. ye tak?? Nak suruh en suami main. dia pun tak pandai.
Tapi, masa tu teringat? takkan Yamaha tak buat kelas vokal?? ye kelas vokal?? kerana apa?? mungkin tuhan kurniakan pupel bakat. boleh menyanyi tapi berapa ramai orang boleh bernyanyi dengan teknik yang betul. Paling tak, nyanyi suka-suka macam pupel. semua orang pandai. tapi tidak pupel..bodoh dari segi teknik. patutnya benda ni aku dah fikir lama dah.. Nak belajar sambung ijazah otak lembab. Konon tak suka nak buat benda yang kita tak minat. ye tak?
Dengan segera, lepas dua-dua habis termenung, cepat-cepat kami pergi Yamaha. Bertemu dengan Puan Mala. Baik orangnya berbangsa india. Dia terangkan dekat kami. Register fee sahaja RM50. untuk class yamaha, deposit 1 bulan diperlukan. Kelas vokal pula lebih kurang RM240 Sebulan 45 minit setiap sesi dengan 1 minggu 1 sesi. Suami cakap minggu depan masuk belajar. Kami akan register dalam hari isnin/selasa macam tu.
Masa tu pupel pandang suami. kenapa dia beria-ia. nak masuk tu kene bayar 50+deposit dan mothly. cuba kau kira dah berapa?? aish...