Oh Mael Bin Embong.

10:00 PG



Haritu pupel dapat pas Tayangan Eksklusif Mael Lambong dari Media Hiburan. Caranya, kenelah rajin folow Facebook Media Hiburan kerana mereka mempunyai banyak aktiviti menarik yang memberi peluang kepada kita untuk ikut serta. Best kan. selain tu rajin-rajin beli Majalah Media Hiburan siap hari sabtu sebab dalam majalah tersebut juga terdapat banyak peraduan yang menjanjikan hadiah yang menarik. Haha. Berbalik pada Tayangan Eksklusif Mael Lambong dari Media Hiburan, ini kali ke 3 pupel dapat dan kali ke 2 pupel dapat join :) Alhamdulilah, rezeki memberikan slogan terbaik. Sebelum pupel banyak melalut, jomlah kita baca sinopsis Mael Lambong ini.

Sinopsis


Mael lambong mengisahkan seorang penarik kereta profesional bernama Mael Bin Embong. Mael merupakan penarik kereta yang mempunyai prisip yang teguh iaitu TIDAK MAKAN RASUAH. Tapi konflik terjadi bila Maria ( Juliana Evans) tiba-tiba masuk ke dalam kereta mael dan menyuruh mael ke pantai timur kerana maria dikejar oleh pembunuh upahan. Mael diberi upah sebanyak 3 ribu. Ketika dalam perjalanan, mael terlalu mengantuk dan maria drive hingga ke pantai timur. 


Maria - Seorang Agen Perisik

Tanpa mael sedari, lokasi yang dituju oleh maria ialah kampung halamannya. Ketika mael hendak pergi dari kampung tersebut, dia ditegur oleh kawan lama dan tersepit apabila terserempak dengan bekas kekasih hatinya iaitu Rozie. Namun keadaan bertambah tegang bila Tiger (Tai) menyerang mael kerana tiger merupakan tunangan Rozie. Mereka bermalam disana kerana rozie mahu berjumpa mael dan Maria telah menjelaskan bahawa dia merupakan agen yang dilantik untuk mencuri maklumat mengenai tander kerajaan yang telah jatuh ke tangan musuh.

Pada malam mael sepatutnya menemui rozie, satu pesta keramaian kampung diadakan di pantai dan mael telah diserang oleh tiger ketika sedang menari mayang ulek bersama rozie. Maria pula telah diculik oleh pembunuh upahan namun dibiarkan terdampar di sebuah wakaf dan maklumat yang ada pada maria telah dirampas. 

Orang kampung menyuruh mael pergi dari kampung kerana keberadaannya telah memporak perandakan keadaan. Ketika ingin meninggalkan kampung bersama maria, rozie mengejar dan ingin ikut mereka ke kuala lumpur namun dikejar oleh tiger tetapi mereka berjaya melarikan diri.

Ketika sampai di kuala lumpur, maria telah dihantar pulang dan mael pula terpaksa membenarkan rozie bermalam dirumahnya. Ketika mael tidur didalam kereta, mael telah diculik oleh 2 orang berpakaian hitam yang telah memberitahu bahawa mael telah ditipu oleh maria yang sebenarnya merupakan pembelot dan memberitahu bahawa maria telah memberikan maklumat tipu kepada mereka dan mereka-reka cerita yang buruk tentang maria sehingga mael percaya dan memberitahu bahawa maria telah menyorokan cip maklumat yang dikehendaki di dalam laptop milik mael. Mael telah memberitahu lokasi dimana laptop tersebut berada.

Mael telah dihantar pulang dan maria cuba mendapatkan mael untuk mendapatkan laptop tersebut namun mael langsung tidak mempercayai maria lagi. Satu kejadian telah berlaku menyebabkan maria tercedera. Dapatkah mereka mendapatkan cip maklumat tersebut? siapakah maria? ha kene tengok lah ye... :)



You Might Also Like

1 Komen