Jalan Kembali - Bohsia 2

5:19 PTG



Kalau suruh aku bagitahu mana filem kat malaysia ni yang paling aku suka pada tahun ini, tentunya filem air tangan Shamsul Yusuf yang ini : Jalan Kembali - Bohsia 2

Kenapa pupel pilih filem ni sebagai filem terbaik 2012 setakat ni? Ha itu korang pun kene tengok. Kalau korang tengok KL Gangster tu korang cakap best, sila tengok Jalan Kembali - Bohsia 2 sebab ianya lagi-lagi best!. Cerita ni bagi pupel sangat kemas. Sangat-sangat!

Dailog jangan cakap. Kadang-kadang pupel rasa kami yang tengok kat panggung tu cuma gelak bila terdengar dialog pelakon lebih-lebih lagi dari Sofi Jikan. Belum tu lagi, adegan/aksi memang padat. Part yang pupel suka ialah cerita ini ada hitam, tapi menunjukkan sehitam manapun kita, kita masih boleh kembali kepada Jalan yang benar.

Belum lagi adegan ayu (Salina Saibi) kene rodok dengan Berus jamban oleh geng kak rock yang tak puas hati dengannya. Pupel tak nak cerita banyak sebab nanti tak best pulak korang nak tengok. Apakata tengok je dibawah trailer dibawah. tengok jangan tak tengok k:

You Might Also Like

0 Komen