Aku dan Black Mask

10:56 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sejak akhir-akhir ni aku rajin cerita pasal produk kecantikkanlah makeuplah. entah. agaknye hormon aku dah berubah dari 1/2 kejantanan ke full perempuan kot hahaha. Kalau aku mengandung mesti dapat anak lelaki sebab suka benda cantik (terbalik) hahaha.

Ok aku nak cerita pasal Black Mask yang aku pakai semalam. aku beli online je sebab aku tak nampak pulak ada kat watson ke apa. kawan aku kata ada. hahaha aku ni jenis malas nak tengok satu-satu barang kat watson tu melainkan watson tu aku yang punya haahha.

Semalam sampai terus aku pakai. ingat Black Mask ni macam Nose Mask biasa yang lekat-lekat kat hidung untuk tanggalkan bintik hitam upenye tak. Aku beli Shiseido Black Mask.. 



 SHISEIDO BLACK MASK 
Menghilangkan Blackhead & Whitehead

Shiseido Blackhead Remover Mask sangat disarankan kerana berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka.Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak sekata, kesan terbakar, jerawat, jeragat, menyerap minyak 3x lebih berkesan, membantu membuang bintik2 hitam /putih diwajah, juga menghaluskan liang2 roma terbuka. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



Satu lagi rupanya mask ni bentuk cecair hitam. haha aku ingat macam nose mask biasa tu hahah. Potong je paket black mask ni. sapu rata-rata cecair hitam tu dekat muka. 


Cara penggunaan dia : ( Dari De Myra Shop- Aku beli kat sinilah!)

1)  Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa.
2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (tidak diwajibkan, kalau rajin buat la yer..)
3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yg byk blackhead & whitehead. (Jauhkan dari terkena pd kening, bibir dan kawasan mata)
4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka.
5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering/keras.
6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead & whitehead melekat di mask.
7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.
Dapat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika
hanya digunakan untuk daerah hidung, 1 sachet dapat digunakan untuk 5 hingga 6 kali penggunaan. Simpan baki masker yang belum digunakan dalam bekas bertutup.

aku rasa elok sapu tempat yang kita nak je. pastu simpan.. boleh pakai lain kali. kalau nak buat kat hidung. better buat kat hidung je jangan seluruh muka sebab apa?? sebab kalau kita buat keseluruhan muka, susah sikit nak tarik kat hidung tu, hasilnya tak tertanggal bintik hitam dekat hidung tu. ni hasil kat muka aku hahah.



Ni masa memula letak. adoi terletak dekat kening. sakit la menjawab

 

selepas 30 minit. dah kering boleh cabut!!

Derita juga nak cabut. pulak kene kat kening. masa nak tanggalkan dia sila menagis sambil tengok cerita setia hujung nyawa sebab sakit dia tuhan je yang tahu. semua bulu-bulu tanggal ualss. kesian bulu aku tau!! memang tanggal semua bintik tu, tapi macam aku cakap, buat satu muka, kat hidung yg super banyak bintik itam tu susah nak tanggalnye.

Kesimpulannya:
Produk ni best cuma macam aku cakap, kalau nak buat kat idung, buat kat idung je, jangan buat satu muka. hasilnye tak best dan susah nak tanggal. 

You Might Also Like

5 Komen