2013

8:15 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulilah. datang sudah 2013. Ramai orang dah sibuk cerita pasal 2013, tapi aku masih terlambat. Tahun 2013 aku harap berjalan dengan perlahan.. Aku masih belum dapat mengejar banyak azam yang sudah.

Sekarang umur aku (ikut tahun) dah mencecah 25 tahun. Aku cuma ada masa 1 tahun lagi untuk capai azam aku dulu.. Dulu aku pernah cakap, waktu aku berumur 26 tahun, aku adalah ibu kepada 2 orang anak dan memiliki sebuah perniagaan sendiri. Nampaknya aku belum mampu. :(

So sad tapi takpe sebab apapun yang kita rencanakan, Dia lagi maha mengetahui segalanya.Dia tahu selama ini aku belum ada masa untuk diri sendiri, untuk kami laki bini apatah lagi untuk menimbang cahaya mata. ala baru 1 tahun 9 bulan kawen, ilek! mula lagi. ilek! hoho. Sedapkan hati.

Aku mencoba untuk tak fikir pasal benda ni tapi biasalah perempuan. benda kecik kuman pon akan jadi big big kan. tapi aku dah tekad pada tahun ini aku meredhakan diri dan tak nak fikir pasal benda ni. Haha macam aku cakap tadi, kita leh rancang.. Tapi dia tahu segalanya. Dan aku harap aku kuat untuk hadapi cakap-cakap orang yang menyebabkan aku jiwa kacau. yelah kalau orang kata kau Mandul, kau marah kan? kan?

Family aku sibuk suruh aku berubat kampung sebab dulu aku pernah sakit perut melampau-lampau dan pergi ke sorang orang pandai ni (tak sure ustaz ke apa) dan dia cakap ada SAKA menumpang kat badan aku. So, kalau aku marah laki aku akan cakap "Hantu ayang dah datang dah..." 

Its ok.. 

You Might Also Like

1 Komen