Penang AKU Datang

10:34 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sebenarnya aku agak tidak sabar untuk ke penang. Haha. ni kita 1st Honeymoon aku dengan en suami sebab dari kami kawen. kami tak pernah berkesempatan melancong atau melencong berdua. selalunya mesti ada yang ketiganya iaitu anak saudara aku tidur kat tengah2 kitaorang haha. airee-airee.

Aku pergi penang esok. Naik flight super pagi.Pukul 7.15 pagi uals. apalah aku nak buat pagi-pagi gitu hahaha. nak tiket murah punye pasal. Sebenarnya ni 1st time aku nak naik flight. Aku gugup dan takut sebab aku gayat sebenarnya hahaha.



Dekat penang aku akan menginap dekat Hydro Hotel. Selepas berapa banyak aku ushar, dan menepati apa laki aku nak, dekat pantai dan ada swimming pool. aiyaa.. tak menahan nak swimming pool tu. Aku tak tahu hotel Hydro ni ok ke tak. aku tempah kat booking.com. dia bagi aku rate harga RM465.51 untuk 4 hari 3 malam tak masuk cukai dan caj perkhidmatan. Aku tempah bilik  Bilik Superior Double je. aku tak pasti pemandangan apa. Laki aku nak pemandangan laut tapi macam mahal je. mengada betul dia ni. feeling2 macam nak honeymoon gaya orang kaya pulak dia. 


Dari yang aku google, ni la biliknye. Lantaklah. Harap-harap bilik ni ok. aku pulak nak bilik ada tab mandi. hahaha feeling betul. tapi bila tengok bilik ni ada tv besau, macam tak best pulak. hahaha. 

Nanti aku kat penang, aku tadenye sewa-sewa keta bagai. Laki aku tak bagi aku sewa keta sebab dia kata lemak aku banyak so apa kata naik trasport awam berjalan kaki nanti leh kurus. rasa nak lepuk kepala dia hahaha. Tapi rasa suet juga kan. macam zaman bercinta dulu-dulu dating naik bus. Harap-harap kondisi bus nanti tak mengecewakan hahaha.

Dah banyak aku senaraikan tempat nak pergi ni. Tapi tak tahu pergi atau tak sebab laki aku kata, kita jangan jalan-jalan sangat sebab nak honeymoon kene duduk dalam bilik tidur je. HAMPEH!! Apapun aku tak sabar nak naik kapal terbang je!! hahahah. 

P/S: Doakan aku tak gugup pucat muntah dalam kapal terbang nanti. serius aku gayat!!

You Might Also Like

2 Komen