Kisah Penang Part 1

9:15 PG

Assalammualaikum W.B.T

Semalam aku gaduh dengan laki aku terus malas nak updated cerita pasal penang. tapi aku ni jenis marah kejab je, sebab aku dah dapat membebel dekat laki aku sekawah so kira aku dah tak gaduhlah ni. hahaha aku ni memang gila-gila sikit dengan laki aku. gitulah jadinya. ha ni aku nak cerita pasai pergi penang haritu hehe.

Hari jumaat aku ambil flight gila pagi. haha. apa yang terjadi, aku sampai ke LCCT dah lambat ualss.. ingat dah cepat upanya lambat juga. hahaha. sampai sana sempat makan nasi lemak sepinggan kongsi laki bini (pagi-pagi masing-masing tak selera nak makan tapi lapar), terus berkejar ke flight sebab rupanya dah PANGGILAN TERAKHIR!! haha nasib baik masa pergi ni aku takde bawa beg banyak-banyak sampai kene check in beg bagai.

Rupanya naik flight ni tak best ye. lagi tambang murah punya. naik tercabut kaki aku nak dapatkan flight dekat ujung landasan sana. pagi-pagi lemak aku dah dibakar. marah aku dibuatnya haha. yela aku tak pernah naik flight so aku tak tahu keadaannya. lebih best naik bus rupanya. sopsop..

Memula naik je badan aku dah berpeluh jangan cakaplah bila flight dah bergerak. Laki aku marah aku pegang tangan dia kuat-kuat sebab aku dah start pening. masa dia naik jangan cakaplah. aku ni gayat sebenarnya. tapi aku tetap duduk tepi tingkap sebab nak jeleskan laki aku. hahaha. tapi dia boleh bantai tidur pulak. aku tak sempat nak tidur dah sampai!!.

Bila sampai je, kami ambil bus pergi komtar. awal pagi sangat-sangat kan, ingat komtar tu buka awal!! hampeh.. lagipun tak ada apa-apa komtar tu, aku sempat lepak dekat pejabat tanah dalam tu sebab nak aircon. sungguh tidak kuduga panas begini rupa. hahaha


 lepastu kami pergi 1stavanue sebab dia buka awal dan layan kopi secawan dekat Old Town.  sempat juga bedal laksa dan mee kari. laki aku siot je telan mee kari sorang-sorang tak lawa aku!


Laki aku ni tahu aku suka ambik gambo so dia suka buat muka yang menjahamkan gambar! dey!! lama juga kitaorang lepak old town. haha. sebab semua tutup lagi. kat old town ni nak tidur pon boleh sebab bukan ramai orang. kitaorang siap cas beteri kamera lagi. hoho.


sampai sekarang aku tak tahu apa motif dia suka buat tangan macam tu kalau ambil gambo. kalau muka bangla, buat gaya macam mana pun sama je. hahaha. Kemudian aku laki bini dok merayau je kat situ. sempatlah shopping baju kejab. yelah dengan beg besau, mana je nak pergi.. lepastu, kitaorang pergi makan pulak, makan lagi.. lepastu kitaorang terus ambik bus pergi batu feringgi. hotel yang kitaorang dah book tu dekat batu feringgi.

Mak datuk dalam bus jangan cerita punya padat orang. aku rasa bus pergi batu feringgi je yang padat gitu. kami tak dapat duduk. berdiri dengan beg bebeso. dah 1/2 jalan ada mat indon tegur suruh duduk belakang sebab batu feringgi jauh katanya. Aku dapat duduk sebelah sapatah. laki aku duduk sebelah apek. apek tu bagus, dia siap cerita macam-macam dekat laki aku. siap pesan, hati-hati sebab dalam bus ni ramai penyeluk saku. blah blah sampai dia turun, dia pesan dan pesan. bagus apek tu.

Satu lagi, pemandu bus rapid tu pon bagus. tapi aku rasa dia sorang je bagus sebab tiap kali nak sampai hotel atau destinasi yang orang kompom pergi dia akan cakap dekat mic. so memang tak terlepaslah termasuk hotel kami tu. hahaha. nasib hotel tu tepi jalan je.

Sampai hotel aku punya penat bukan main. yelah kene jalan sikit.. sampai sana bukan boleh terus check in sebab dia check in pukul 3 aku dah sampai awal. 


kenapa asik gambar mamat ni je! baru aku sedar!! gambar aku takde pon!!! - stress!

lepastu lepak punya lepak, aku tanya laki aku tadi dia kuarkan duit berapa sebab nak bayar hotel. adoi. laki aku kuarkan rm700 je. dah pakai rm100. aku lupa nak bagitahu dia hotel kene deposit. yela laki aku tak pernah uruskan semua ni so dia tak tahu. adohai.. tapi seingat aku bank ni boleh gunakan kad debit. tapi aku pastikan lagi aku call lagi padahal kuanter dekat je. aku tak larat nak bangun dah. laki aku jangan disuruh nanti majuk dia sebab dia kata dia tak tahu. ceh!!!!!! 

orang hotel cakap memang boleh pakai kad debit. aku pon oklah. pastu dalam 2.45 kami check in. sekalitu, girl yang layan kami kata kad kami tak leh digunakan. dia minta kad lain. tak boleh juga. dia kata kad kami rosak!!! malunyeeeeeeeeeee. dengan ramai orang berkumpul kat situ. aku dah hangin dengan girl ni. dia ni pulak macam takleh nak nyelesaikan masalah. aku cakap aku bayo jelah RM600 dulu. sebab hotel + deposit dia nak RM700 je. nanti aku glah cucuk bagi kat dia. memang tak leh kompromi dia ni sebab dia macam pening pale nak uruskan benda simple ni. banyak pulak dia pusing (almaklumlah).. 

aku dah marah, aku cakap, kat mana atm paling dekat, saya pergi.. dia kata 8 minit dari sini. peh!! aku dengan laki aku dah tahap marah ni pergilah tepi jalan. dapatlah pakcik teksi ni RM30 pergi balik g atm je yang tak sampai 1km tu pon!! aku sabar. sabar.. kene ketuk ni! dasyat betul teksi kat penang ni. dah nak cepat bin darurat + marah punya pasal. lepastu, aku bayar dekat minah tu aku cakap kad atm saya tak rosak pon!! entah-entah mesin dia rosak suka-suka cakap kad aku rosak. malu aku laki bini tau macam kitaorang takde duit je nak masuk hotel dia ni. puiii 

dah tu dapatlah bilik 528. bila masuk je bilik dia..aku nak marah!! aku mintak katil BESAR!! dia bagi aku TWIN yang dicantum-cantum!! kau ingat aku datang nak tidur asing-asing dengan laki aku ke. mestilah nak manja-manja, muah-muah (eh! over lak). lepastu, dengan tv buruk yang boleh baling dalam kolam dia tu, boleh buka tv tak berbayar je uals.. sopsop. pintu almari tunggu masa nak hempap aku, cerek air dah sama usia dengan laki aku kot. hoho. sabarjelah aku........

nasib baik ada tab mandi. terubat kedukaanku..!! penat punya pasal, tidur sampai malam! dasyat!bangun-bangun terus oder nasi Hydro. nasib sedap bin mahal! hahaha


serius sedap. pejam-pejam mata aku bayar RM25.50 untuk nasi hydro ni dua kali. membazir betul! hahahahahahaha.

bersambung....


You Might Also Like

4 Komen