Taksub Dengan Drama

8:29 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sejak aku layan Setia Hujung Nyawa dekat TV3 setiap ISNIN-KHAMIS 7 petang tu, aku jadi macam apa dah! kalau dulu kul 7 tu time2 aku masak lepas tu terus mandi. Tapi takde maknanya sekarang. Masak pun entah kemana haha. nasib laki aku memahami sebab sejak akhir-akhir ni aku asik pening je.

Nak cerita pasa Setia hujung Nyawa tu, taksub punye pasal aku sanggup angkat novel dia uals!! ha gila tau. aku nak tahu apa ending dia. nasib eppy ending hahaa.


Adam Hawa ni aku tak baca lagi sebab aku tak taksub dengan drama dia. Aku rasa SUHAN memang terbaik kalau buat drama dari novel tau! aku lebih suka Setia Hujung Nyawa edisi Drama sebab ceritanya lebih menyeluruh dan ada tambahan sikit-sikit. Tapi skrip sebijik2 je sampai aku rasa tengah baca novel nampak muka zain tengah cakap haha.

Banyak watak diolah dan elemen diubah. dalam novel, mereka duduk umah besar lepas kawen dekat bukit antarabangsa. mana pulak datok datin kaya nak bagi diorang pinjam umah buat drama kan haha. dalam novel juga tak guna timbangan nama EL.. Dia guna lina. aku tak bape gema. EL lebih best:)

Watak ikram pun tak menonjol sangat dalam novel dia ni. aku suka Nelydia Senrose bawa watak EL sesuai sangat sebab watak EL pun budak baru habis SPM kan. si Amar Ashrafpun aku suka. walaupun muka dia ada jerawat pasir, aku suka time dia nak marah mesti senyum dulu!!! i luv u Amar Ashraf!!!


 cute kan!!

Aku juga suka dengan watak Dr Suria yang dibawakan oleh Bea Rameshan. Bagi aku dia sangat comel!!!


pulak tu susah nak kene pikat dengan si abang el tu, dalam novel langsung takde cerita pasal ni kan. haha aku rasa macam sweet je diorang ni


Aku juga suka watak Haliza, ibu EL.. Comel je bila tengok Raja Ema menyemikan muka sebab merajuk hahaha. Raja Ema masih comel walaupun dah berumur.hehehe. Zila Bakarin kalau jadi mak mertua jahat memang kerlasss gitu, tapi kelaka bila dia cakap pasal halal haram tapi kepala dia temerah, bibir dia termunggil hahaha. no komen,, tapi dia belakon jahat ke baik memang terbaik heheh.

Sejak aku mula tengok drama ni aku mula minat dengan lagu-lagu OST dia pulak. Si lagu Najwa Latif yang aku tak minat pun terus minat. Ni 4 lagu OST Setia Hujung Nyawa. Jom Dunlod! haha


Lagu time sedih haha

Lagu time zain love2 kat el :)

Najwa Latif - Adamu
Bila El Kene marah ahhaa.

Nubhan - Mata Hati
Sayu lagu ni :)


p/s: semua lagu tu YOUTUBE.. nak donlad sila g 4SHARED hahhaa

You Might Also Like

7 Komen