Angin Pergi Kau Jauh-Jauh

8:25 PTG

Assalammualaikum w.b.t

Sejak akhir-akhir ni aku asik tak sihat je. semalam aku derita dengan angin. Peh tengah sedap layan Maharajalawak Mega Final time tu lah dia menjadi makin teruk. Nasib Jozan yang menang :)

Sebenarnya waktu keje tu dah mula angin-angin. Tapi aku tak sangka makin teruk malam tu. Nak pergi klinik, tak sure mana yang buka lagipun laki aku kata dia takde cash. Aku pun ada RM20 je. malam-malam pergi klinik mana cukup. Masa tu rasa nak tumbuk muka laki aku sebab aku dah sakit sangat haha. Nasib baik dia hensem hahaha.

Lepas tu aku suruh dia sapu minyak yew yie dekar perut aku. tak elok juga. aku suruh dia urut perut.. tak ok juga.. lepas tu dia tekan belakang aku dekat bahagian pinggang. pehh! angin keluar tak henti-henti.. siap kuar dengan bau makanan semalam! cuiilah. aku ingat lepas keluar angin-angin tu elok lagi. tak juga.

Aku dah tak tahu nak buat apa. seram tengok perut aku macam apa dah! besar sangat. aku meniarap lepas tu aku tekan-tekan perut dekat lantai. pehh keluar lagi anginnya. malam tu nak tidur pun tak baik-baik. Aku suruh laki aku urut sampai aku tertidur. 

Terbangun pukul berapa aku tak sure tapi memang tak leh blah. aku dah nak termuntah. perut sakit mencucuk-cucuk, sudahnya aku rasa nak kentut tapi  terus cirit. huwa!! aku rasa aku berulang toilet 10 kali malam tadi. sakit pinggang aku dibuatnya.

Setiap kali nak lelap aku cakap dengan laki aku yang aku sakit biarpun dia dah dekat london dah kot haha. siangnya aku tertidur sampai pukul 1 tengahari. lepas tu aku call laki aku sebab dia dah pergi kerja. dia balik kejab dan hantar aku pergi klinik. dapatlah ubat angin! hoho




aku harap lepas ni oklah sikit (biarpun belum nak berapa ok lagi) huhu!!

You Might Also Like

1 Komen