aku sempat tengok Underworld Awakening lepas bawa en suami pergi klinik haritu (lupa hari apa). cerita ni memang besh. penuh aksi. rasa masa berlalu begitu cepat dengan aksi si selene. aku tak dapat nak buat sinopis cerita ni macam mana, tapi untuk korang yang belum tengok, filem ni harus tengok. memang besh. banyak aksi yang paling penting, TAK ADA ADEGAN SEX.. i likeee it..
Semalam aku ajak suami makan dekat -Kenny Rogers ROASTERS konon-konon 1st time la makan bersama dekat sini dengan beliau. tapi maklumbalas yang diberikan : 1ST AND LAST TIME. lepas ni memang aku malas nak ajak suami makan makanan pelik-pelik sebab walaupun dah balik rumah dye akan merungut yang makanan tu tak kene dengan selera beliau dan mahal. kau tahu la laki aku ni jimat ceremat orangnya dapat makan berdua kene RM50++ memang mengamuk. ni bukan kali pertama kot sebab sebelum ni masa makan STEAMBOT pun sama lepas tu terus menyesal sekejab kene ceramah..lepas tu hormon jahat datang, buat lagi kene marah lagi. huhu. Jom la korang ushar apa kami makan.
muka tak puas hati kene paksa makan kat sini.
muka budak kene marah x_x
aku makan yang ni
dan suami pulak :
air pulak :
aku minum ini :
dan suami ambil summer :
muffin:
balik kekenyangan dengan makanan dan nasihat muhasabah diri dari suami supaya jangan makan mahal-mahal lagi T_T
Hari ni aku agak senyap. bukan apa hari ni akumc gara-gara sakit datang tak diundang. Laki bini pening dan sakit perut. suami aku demam. aku tak berapa panas sangat tapi meloya-loya.
Agak tengahari baru kami laki bini bangun dari tidur dan pergi ke klinik. Dua-dua makhluk ni dapat MC. alhamdulilah. alang-alang dua makhluk ni dah tak kerja, suami cadangkan kami ke KL untuk ambil hadiah dari ASTRO yang beliau menang di JELAJAH RAJALAWAK DI PKNS BANGI iaitu SAMSUNG LED 32 INCI.
Agak petang juga kami pergi sebab dah la tak tahu jalan, kepala pening pulak. Tapi sampai juga dekat Wisma Ali Bawal PJ. Tak sampai 10 minit pun menunggu, SAMSUNG LED 32 INCI dah dalam tangan :)
Alhamdulilah rezeki tahun baru kali ini memang memberangsangkan :)
semalam suami balik awal sangat. nak ajak aku pergi ke Summit USJ. jalan. aku folow je.. orang OT besar bulan ni kan. apeeeeeee pun tak boleh. sampai je sana kami pergi makan dulu dekat Ayam penyet tingkat bawah sekali berhampiran dengan Giant. Oh..mahal tapi sedap. kene dengan selera kami. oleh sebab Tab aku beteri nyot nyet, Takde lah ngambil gambarnyapunalahaikan.
Kemudian kami cari kedai. Suami nak beli PSP. Macam-macam kaler la yang beliau riki-riki tapi habis-habis riki ni yang beliau beli. terengggg...
time ni aku nak gelak sebakul sebab banyak-banyak kaler, kaler purple yang aku minat ni dye minat juga, dan tiba-tiba dye buat pengakuan "abang minat la kaler purple". hai la labu, setahu aku dye minat kuning.. bila masa dye tukar minat ni.
Tapi takpelah. PSP HANNA MONTANA ni lawa juga, purple i like it..
jeles bebetul. alasan suami aku nak beli benda ni kan "ala bosan la kalau tak de kerja dekat kilang, nak main psp. kawan-kawan semua ada" alasan macam nak makan penampo je hahaha. tapi tak pelah u minat u beli duit u jangan kacau duit i tapi jangan lupa bagi i duit. hahaha.
Yang kelakonya, baru je belek, beteri habis lepas tu tak geti cas sebab kepala cas dye lain dari yang lain. hai laki aku ni kan, teringin nak guna tapi tak geti nak beganya. tapi bab tang main gamenya pandai je pulak. dah malam-malam bini jadi MCGerver untuk dia. apapun hasrat beliau telah tercapai. bilakah hasrat bini beliau pulak.
laki aku buat ayat "Lepas ni abang janji nak belikan ayang jam berjenama, handbag berjenama, kasut berjenama, baju berjenama" rasa nak hempuk juga dye kat situ. dah dapat tu tak yah la bodek lelebih. moodnya sebab takut kene marah berhabis duit beli benda yang namanya GAME..
Tadi pupel dah cerita yang semalam pupel pergi ke PRATONTON SUMPAHAN KUM-KUM di entri ini --> PRATONTON MOVIE - Sumpahan Kum Kum dan sekarang pupel nak cerita tentang SINOPSISnya pulak ye :)
Untuk pengetahuan semua Fezrul Khan adalah pelakon utama filem ini dan memegang watak Adi, Shima Anuar sebagai Mila (Hantu Kum-Kum), Wawa Zainal pula memegang watak sebagai adik Adi bernama Shima.
Barisan Pelakon
Sumpahan KUM KUM adalah mengenai Adi yang sedang melalui satu kawasan jalan untuk menemui Tunangnya kerana mahu keluar pergi Ziana Zain Live In Fun Fair katanya bersama Shima (Adik beliau) dan dalam perjalanan, shima mengadu sakit perut dan mahu ke tandas. Adi memberhentikan kereta di sebuah tandas awam malangnya Shima mati disitu dalam keadaan yang menggerunkan. Dan rupanya ia hanya sebuah mimpi. Adi terbangun dari tidur dan mendapati isterinya sedang tidur disebelah. Telefon bimbitnya pula berbunyi dan beliau menjawap panggilan tersebut.
Rupanya mak adi iaitu MAK TOM telah nazak. mereka bergegas balik pada hari siang dengan membawa anak sunti mereka bernama TINI. TINI tidak dibenarkan balik oleh Mak Tom ke kampung dan mak tom tidak pernah berbuat baik dengan Tini. Ketika tini mendapatkan mak tom untuk salam, mak tom menolak menyebabkan cucunya itu menagis.
Kemudian, Tini masuk ke sebuah bilik lama (Bilik Arwah Shima) dan meminta kebenaran dari ayahnya, Adi untuk tidur disitu. Pada waktu malam, Mak tom diganggu oleh jelmaan hantu kum-kum namun sempat diselamatkan oleh Adi. namun adi tidak tahu mengenai hantu tersebut.
Ketika sedang melalui jalan (masa ni adi keluar), adi telah diganggu oleh jelmaan hantu tadi tapi dye masih tertanya-tanya kerana tidak mengetahui kejadian sebenar. Rupanya, Mak Tom tengah nazak teruk. Di rumah imam mengarahkan atap dibuka bagi memudahkan Mak Tom 'pergi'. Ketika adi pulang, mak tom telah tiada dan adi mencium mak tom (telah ditutup dengan kain) namun semua yang ada terbau bau yang sangat busuk. Bila dibuka kain yang menutupi muka mak tom, rupanya muka mak tom telah buruk dan dipenuhi ulat gemulat. yulks!!!.
Kejadian seram belaku pula kepada Mak Leh yang merupakan sahabat baik Mak Tom. Mak Leh membuka kotak tua peninggalan Mak Leh sayangnya ketika sedang memegang barang-barang tersebut, jelmaan Mak Tom berkain kapan dan menakutkan telah mengejutkan Mak leh sehingga terlanggar suaminya yang kebetulan ke dapur untuk menyuruh Mak Leh menyediakan air.
Kejadian pelik terus mengikuti adi. Ketika pulang dari surau, adi telah ternampak seorang wanita bertudung putih yang berjalan ke perkuburan lama. Adi mengikuti wanita tersebut dan menjerit-jerit meminta kepastian mengapa wanita tersebut datang mengganggunya. Namun Adi tersepak kepala seorang wanita yang telah mati dan jatuh tersungkur, ketika memalingkan muka dia terkejut dengan wajah hantu yang menakutkan lalu pengsan. Gila seram muka hantu tu.celaka betul.
Kemudian adi tersedar, dia telah berada di rumah dihantar oleh orang kampung. Keesokkan harinya, ketika sedang bersendirian di dalam bilik Arwah adiknya, Shima, adi telah diganggu lagi oleh jelmaan hantu Shima, jelmaan hantu Mak Tom yang meminta Adi menyelamatkan Tini. Adi berlari ketakutan menuju ke rumah Mak Leh. Di sana Adi tergamam kerana tidak mampu menceritakan apa-apa kerana terlalu takut.
Esoknya, Mak Leh membuka cerita. Kisah Hantu Kum-Kum jelmaan Mila yang berdendam kerana mati dibunuh oleh Mak Tom. Kisahnya bermula apabila Mila yang buruk seringkali dihina dan dicaci meminta pertolongan Mak Tom untuk cantik. Setelah proses memasukkan susuk selesai, Mak Tom memberitahu bahawa syarat utamanya adalah tidak boleh melihat cermin selama 40 Hari.
Mila yang teruja kerana asik dipuji cantik akhirnya tidak sabar untuk melihat wajahnya sendiri dan melanggar pantang. Akibatnya muka mila semakin buruk dan mila mendapatkan Mak Tom untuk mengembalikan kecantikkannya. Tapi sayang, menurut Mak Tom cuma 1 sahaja yang boleh memulihkan wajah mila iaitu meminum darah 9 anak dara sunti.
Mila yang turun dari rumah Mak Tom ternampak Shima sedang bergayut (telefon) di buaian luar rumah dan merancang untuk mendapatkan shima sebagai mangsa pertama. Kejadian dalam mimpi yang dialami oleh Adi pada permulaan cerita tadi merupakan kisah sebenar bagaimana shima dibunuh.
Mak Tom yang mengetahui kejadian itu telah berdendam dengan mila dan memanggil mila kerana menurutnya ada cara lain yang boleh dibuat bagi mengembalikan kecantikkan mila. mila menuruti Mak Tom namun matanya harus ditutup. Mila tidak tahu yang Mak Tom sebenarnya merancang pembunuhannya pula.
Mak tom melibas mila dengan cangkul dan ingatkan mila dah mati rupanya mila yang tengah nyawa-nyawa ikan dan penutup mata terbuka nampak mak tom membunuhnya dan sempat bersumpah untuk membunuh semua keturunan Dara Sunti Mak Tom.
Adi mengarahkan isterinya membawa Tini pulang ke KL kerana bimbang sesuatu akan berlaku. Tapi sayang, jelmaan hantu itu telah berkawan baik dengan Tini dan mengikut mereka pulang ke KL
Kejadian yang diceritakan oleh Mak Leh kepada Adi diceritakan pula kepada Imam menyebabkan polis dipanggil untuk mengali tempat mila ditanam. Lokasi itu diketahui oleh Adi kerana dia telah pengsan dan ditemui oleh orang kampung sewaktu mengikuti gadis bertudung putih di kawasan perkumburan lama.
Setelah rangka mila di gali, orang kampung memulakan proses untuk penyemadiannya pula. Adi bergerak dari kampung ke KL untuk menyelamatkan Tini. Ketika dalam perjalanan, beliau menelefon isterinya namun seringkali tidak berjawab. Rupanya isterinya sedang mandi. Tini pula asik bercakap tentang seorang wanita bernama mila yang menjadi kawannya dari kampung dan meminta kebenaran dari ibunya untuk membawa mila masuk. Nurul (isteri adi, mak Tini) berasa pelik namun mengiyakan permintaan anaknya.
Adi yang dalam perjalanan balik ke KL disaman oleh polis kerana membawa kereta sambil menggunakan hp dan membawa kereta yang telah tamat cukai jalan. Namun dia perlu cepat. kereta pula buat hal. Mila pula telah menunjukkan wajahnya dan membuatkan Tini dan Nurul ketakutan namun Tini telah ditarik oleh Mila (Hantu KUM-KUM) dan dikurung didalam bilik.
Adi tiba di rumah dan tidak dapat keluar kerana pintu kereta tidak dapat dibuka. Adi membuka tingkap dan keluar melalui tingkap dan mendapatkan isterinya. Waktu itu Tini telah berada dengan hantu kum-kum dalam bilik. adi merempuh masuk dan dapat masuk namun pintu terus tertutup. Hantu kum-kum mila telah merasuk ke dalam badan adi dan membuatkan adi menjadi mila dan membuka rahsia betapa dendamnya beliau dengan keturunan mak ton.
Urusan pengebumian hampir selesai di kampung membuatkan hantu kum-kum yang masuk dalam badan adi serba tak kena dan akhirnya keluar selepas habisnya urusan pengebumian. adi dan tini terselamat. Mak ton dan Mila pun tenang di 'sana'
Satu malam si Nurul memegang jarum susuk dan melihat cermin.. sekali tu keluar.....................
eh tengok la sendiri 26 Jan 2012 nanti ye..
cerita ni kalau cerita tak besh mana tapi kalau tengok..
cerita ni kalau cerita tak besh mana tapi kalau tengok..
mak datuk..TAKUTNYE!!!!!!!!!..
jangan risau pupel jamin cerita ni besh
dan untuk pengetahuan korang walaupun cerita ni seram,
masih ada babak yang boleh buat korang ketawa :)
jangan risau pupel jamin cerita ni besh
dan untuk pengetahuan korang walaupun cerita ni seram,
masih ada babak yang boleh buat korang ketawa :)
dan sinopsis yang pupel buat ni ikut cerita tau.
dari mula pupel tengok sampai habis ni pupel cerita
dari mula pupel tengok sampai habis ni pupel cerita
Syabas David Teo, Bob Hashim dan barisan pelakon.
cerita ni memang BESH!...
cerita ni memang BESH!...
9/10 gitu!!
Sebenarnya akutak faham sangat cerita ni tau. cerita dia start bila zaman dulu ada lelaki bernama HABIB yang ada kuasa pelik dimana mukanya bercahaya sampaikan makwe sendiri (mustika) nak tengok pun kene tengok lalu air. lepas Mustika tu dapat tengok muka Habib tu, tetiba je Habib kene hukum bunuh dengan abang Mustika tu. bila dah kene tikam, abang Mustika ni buka kain penutup muka Habib dan keluar cahaya pelik. jadi semua orang mati terkene cahaya tu.
Mustika pulak lari balik konon-konon dalam tangisan tapi rupanya gembira dengan kematian Habib, sampai rumah dye tengok cermin sekalitu, muka dye melepuh.. dye ketakutan dan berlari mendapatkan Habib yang tak mati lagi rupanya tapi Sayang...................... SEBAB.. si Habib ni dah sumpah apa tah, jadi si Mustika ni mati dan disedut oleh tongkat sakit si Habib tu..
Pada waktu sekarang pulak ada dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti. Isteri Nazmir keguguran dan mengalami 'meroyan' keguguran tu digambarkan macam si Zura (bini Nazmir) tu nampak mahkluk hodoh makan baby dye. sebab tu meroyan. So si nazmir bawa pergi jumpa doktor (kawan nazmir juga).
Pada suatu malam si Nazmir ni macam mengalami satu ganguan dimana dye menjadi agak gila dan melukis di sehelai kertas. Ada gambar ladang tebu, pokok lembah dan tongkat. so nazmir ni bawa la lukisan tu bersama nasti menemui doktor tadi. nazmir minta doktor tolong cari apa maksud semua ini. Nasti pulak minta lukisan itu dan tengok. kemudian bila mereka balik, lukisan pada tangan doktor macam panas dan terbang membuatkan doktor rasa seram-seram sejuk.. SINI ADA HANTU!!
Ok, balik tu si Zura meroyan royan la.. si nasti cakap dye boleh tolong ubatkan dengan syarat 'NAK TEBU DI LEMBAH" tiba-tiba zura menyampuk dan bagitahu "ADA KAT KAMPUNG ZURA" so mereka ambil keputusan nak balik kampung esoknya.
Esoknya mereka balik kampung dan selamba badak je masuk rumah lama tak bagitahu lak umah tu umah mak bapak si zura ke apa yang penting umah tu buruk nak mampus (rumah mustika). dekat dalam umah tu nazmir nampak sizura nak tidur dalam bilik, bila nak sentuh, si zura masuk bilik dan suruh nazmir keluar, haha terkejut di nazmir. sapa pulak yang dye nak pegang tu.
Esoknya mereka pergi ke lembah tu dalam perjalana mereka tersekat di satu jalan. Kereta meragam. lepas tu, si Munirah (bini Nasti) kelihatan pelik dan mengejar orang yang dye nampak macam Nazmir, Nasti dan Zura tapi sebenarnya mereka semua yang sibuk mengehar Munirah yang macam orang hilang akal tu.
Kejar mengejar sampai la dekat lembah yang ada tebu tu. bila hari dah malam boleh pulak si Nazmir ambil keputusan nak tidur dekat pondok buruk yang mereka jumpe dekat lembah tu macam dah sesat sesangat la pulak kan. napa tak patah balik je bukan jauh pun hahaha.
Kemudian, waktu mereka tidur, nasti tu tah pergi mana, si munirah ni pulak meracau-racau berjalan sampai jumpe tongkat habib tu, tapi si nazmir perasan yang munirah ni hilang so dye pergi cari, tak perasan ke yang nasti pun takde, patutnya tak yah cari pun. dye kan ada laki. marah aku ni!!
Kemudiannya, si nazmir ni jumpe si munirah yang dah pengsan dan pegang tongkat, si nazmir ambil tongkat tu. lepas tu datang si nasti, dye ingat dye dapat tongkat tu rupanya non hadoooo. kecewa, menjerit cam orang gila. hahah.
Kemudian esoknya mereka berangkat balik. dalam perjalanan nak balik tu, si Nazmir kan pegang tongkat tu kan, dye mendapat imbasan, suara tentang kisah lama apa yang terjadi pada tongkat tu. then mereka pun balik. Zura pulak dah marah-marah nak balik sekali tu kene penampo jepun dengan Nazmir. sampai nak diperambat dengan tongkat tu sedangkan ikutkan si Nazmir ni penyabar. Masa ni kereta pulak rosak tetiba bila zura mengamuk-ngamuk nak balik macam tak bagi dyeowg balik.
Si nasti pulak asik nak pegang je tongkat tu tapi si nazmir marah so dye pun geram. geram la konon. Si munirah pulak dan mula bertukar jadi pelik dan membahasakan diri 'MUSTIKA' dengan si Nazmir dan buat ala-ala seksi seksa nak goda si Nazmir. Si nasti pulak buat tak kesah dah dengan bini dye lagi dye nak menurun ada lah bila si tongkat dye tak dapat.
Ada imbasan yang menyatakan si nazmir dan nasti ada belajar ilmu habib dan sapa dapat baju habib tu dye terror la dan kene dapatkan tongkat je pulak. ooh.. aku paham dah cerita ni adalah pasal si nasti nak tongkat tu la. tapi tongkat tu ada tuannya. maksudnya yang dapat tu adalah tuannya, kalau nasti nak juga pun tak boleh.
Malam tu si zura pulak dah meragam nak balik tapi keta kan rosak. bila nasti nampak si nazmir dan zura dah membuta dye nak pegang la tongkat tu tapi sayang kene perambat dengan nazmir terus berbuih-buih mulut. si zura pulak dan bertukar jadi hantu hahaha. hantu la sangat.
datanglah seorang 'alim' bercakap ala-ala INDON menyelamatkan mereka semua. so mereka ni dok la berubat dekat kawasan orang alim tu sampai si nasti sembuh.
lepas tu nazmir dan nasti pulak pergi ke ladang tebu untuk pulangkan tongkat. dah pacakkan tongkat mereka berpelukkan. si munirah dan zura tunggu kat musolah tapi zura datang lari-lari anak dekat si nasti dan nazmir bagitahu yang munirah ilang!! so mereka ni nak cari la konon-konon tapi si nazmir tak bagi, dye kata biar dye cari. sekali tu dye balik umah (malam sampainye) nampak macam zura dekat bawah rumah main buailah. banyak la terkejut-terkejut time ni.
sekali tu ha kau!!. si munirah ni ada je atas umah nak mintak maaf konon. so bila nazmir bertemu munirah bertukar la jadi habib bertemu mustika. mustika ni nak mintak maaf la jadah konon. so habib maafkanlah. habis je munirah terus tombang dan si nasti masuk pulak. dah kantoi dye ingat abang dye saja je nak peluk munirah sedangkan munirah dah mati. lepas tu apa lagi. bergaduh la, si nasti tu tikam abang dye dekat dada. kemudian si zura masuk pulak. dye dapat tahu yang si nasti ni rupanya yang bunuh anak dye (dalam kandungan) menggunakan ilmu (masa ni ada slot-slot teringat-teringat kot) kemudian dye kapak si nasti. datang pulak si doktor tadi yang konon nak bagitahu kisah tongkat habib tu) kene kapak juga. si nazmir tak mati lagi, kene kapak juga. last-last zura kapak diri sendiri hahaha.
Haiya..sabtu haritu aku habiskan sisa-sisa duit yang ada dengan menontot KERAMAT. macam besh bila tengok dekat SEBALIK TABIR, tapi bila dah tengok..macam biasa PERASAANNYA HAMPA
aku bajet air tangan Azhari Mohd Zain untuk filem KERAMAT ni sebaik MANTERA..tapi..macam aku cakap tadi HAMPA. Jalan cerita Filem ini memang tak kuat dan agak serabut memeningkan kepala dan buat aku tanya, cerita ni macam mana. tapi bahagian terkejut-terkejut tu macam biasalah, memang terkejutlah dengan bunyi efek super kuat kan. untuk cerita ni sinopsis aku kongsikan dari SINEMAMALAYSIA punye yeee
Sinopsis:
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
P/S: cerita ni kan kan. TAK BESH!!
korang dah tengok The Darker Hours? sebenarnya pupel dah lama sangat dah tengok cerita ni tapi entah macam mana boleh lupa nak kongsi dengan korang semua pasal cerita ni. kehkeh.
bagi pupel cerita ni besh tapi sayang..................
TERGANTUNG
i hate cerita TERGANTUNG ni!!!
Sinopsis:
Ben merupakan seorang sofware engineer dan pergi ke Moscow untuk urusan bisnes ditemani oleh sean. Ben mencipta satu sofware khas untuk laman web di telefon bimbit namun kecewa setelah mendapati seorang sofware engineer dari Sweden telah mencuri idea Ben. Ben kecewa dan pergi ke sebuah kelab bersama sean. Di sana mereka bertemu dengan 2 orang wanita yang mengenali ben menerusi laman web milik ben.
Setelah bersahabat dan berbual mesra, satu kejadian pelik belaku apabila seluruh kawasan terputus bekalan elektrik dan muncul 'sesuatu' yang melenyapkan semua manusia yang ada. Mereka berlari menyelamatkan diri bersama sofware engineer sweden yang kebetulan ada di kelab itu dan menyorok distor makanan selama seminggu dan keluar selepas mendapati keadaan menjadi tenang
Namun sayang semuanya telah leyap. mereka bercadang untuk menuju ke kedutaan namun satu demi satu dari mereka mula lenyap. Di hadapan kedutaan, mereka nampak sebuah rumah yang bercahaya dan bercadang untuk kesana membawa sebuah mesej yang mereka temui di kedutaan.
Mereka berjaya menemui seorang wanita dan seorang lelaki yang mencipta kandang besi bagi mengelakkan diri dari terkena 'sesuatu yang tak diketahui itu' dan dapat menterjemahkan mesej yang mereka dapat dimana akan ada sebuah kapal selam yang akan berlepas dan mereka boleh mendapatkan kapal itu untuk menyelamatkan diri.
Dalam perjalanan untuk menuju ke lokasi kapal, mereka menemui satu kumpulan yang bersenjatakan ala-ala orang nak tangkap hantu tu. hahaha. kumpulan tu tolong mereka menuju ke kapal selam tu. tapi sayang.. salah seorang dari mereka terkorban tapi takpe. mereka teruskan juga perjalanan dan melawan musuh yang tak nampak tu.
Masa dah nak sampai tu, ada la letupan yang menyebabkan ramai tercampak tah pergi mana, so masing-masing nak menyelamatkan seorang perempuan yang jauh sangat tercampaknye. tapi akhirnya berjaya dan masing-masing menyorok dalam kapal dan TAMAT!
sedih betul cerita ni.. selalunya cerita mat salleh tak pernah mengecewakan tapi aku kecewa dengan cerita ni sekian : sayang duit aku tengok cite ni T_T