Movie - The Darker Hour

9:24 PG

 

korang dah tengok The Darker Hours? sebenarnya pupel dah lama sangat dah tengok cerita  ni tapi entah macam mana boleh lupa nak kongsi dengan korang semua pasal cerita ni. kehkeh.


bagi pupel cerita ni besh tapi sayang..................
TERGANTUNG
i hate cerita TERGANTUNG ni!!!


Sinopsis:

Ben merupakan seorang  sofware engineer dan pergi ke Moscow untuk urusan bisnes ditemani oleh sean. Ben mencipta satu sofware khas untuk laman web di telefon bimbit namun kecewa setelah mendapati seorang sofware engineer dari Sweden telah mencuri idea Ben. Ben kecewa dan pergi ke sebuah kelab bersama sean. Di sana mereka bertemu dengan 2 orang wanita yang mengenali ben menerusi laman web milik ben.

The Darkest Hour: filem masa kegelapan

Setelah bersahabat dan berbual mesra, satu kejadian pelik belaku apabila seluruh kawasan terputus bekalan elektrik dan muncul 'sesuatu' yang melenyapkan semua manusia yang ada. Mereka berlari menyelamatkan diri bersama sofware engineer sweden yang kebetulan ada di kelab itu dan menyorok distor makanan selama seminggu dan keluar selepas mendapati keadaan menjadi tenang

Namun sayang semuanya telah leyap. mereka bercadang untuk menuju ke kedutaan namun satu demi satu dari mereka mula lenyap. Di hadapan kedutaan, mereka nampak sebuah rumah yang bercahaya dan bercadang untuk kesana membawa sebuah mesej  yang mereka temui di kedutaan.

Mereka berjaya menemui seorang wanita dan seorang lelaki yang mencipta kandang besi bagi mengelakkan diri dari terkena 'sesuatu yang tak diketahui itu' dan dapat menterjemahkan mesej yang mereka dapat dimana akan ada sebuah kapal selam yang akan berlepas dan mereka boleh mendapatkan kapal itu untuk menyelamatkan diri.

Dalam perjalanan untuk menuju ke lokasi kapal,  mereka menemui satu kumpulan yang bersenjatakan ala-ala orang nak tangkap hantu tu. hahaha. kumpulan tu tolong mereka menuju ke kapal selam tu. tapi sayang.. salah seorang dari mereka terkorban tapi takpe. mereka teruskan juga perjalanan dan melawan musuh yang tak nampak tu.

The Darkest Hour: filem masa kegelapan

Masa dah nak sampai tu, ada la letupan yang menyebabkan ramai tercampak tah pergi mana, so masing-masing nak menyelamatkan seorang perempuan yang jauh sangat tercampaknye. tapi akhirnya berjaya dan masing-masing menyorok dalam kapal dan TAMAT!

sedih betul cerita ni.. selalunya cerita mat salleh tak pernah mengecewakan tapi aku kecewa dengan cerita ni sekian : sayang duit aku tengok cite ni T_T

You Might Also Like

2 Komen