Real Steel : Wajib Tengok!!

8:40 PG


Bagi korang yang merupakan kaki wayang dah tengok belum cerita Real Steel. Sumpah tak tidur malam lepas tengok cerita ni sebab rasa puahhh hati sangat-sangat. tapi tak tahu la kalau bagi korang tak. ini cuma pendapat peribadi aku yang tak seberapa je.

Mula-mula nak tengok White Snake tapi oleh sebab tiket cuma ada pukul 3.15 je, jadi suami suruh beli tiket Real Steel pukul 9.15 malam. so kami layan. awal-awal lagi suami dah cakap cerita ni kelaka, jalan cerita mudah difahami dan tak macam transfomers. mula-mula gusar juga sebab aku ni bukan minat cerita Omputih. aku lebih suka tengok cerita komidi melayu.



masa cerita ni baru nak start, lagu punye meleleh-leleh. aku dah fikir macam ngantuk je cerita ni. suami dah pesan robot tu macam games boleh dikawal.sudah aku dah fikir cerita ni macam sesuai untuk kaki game..nyatanya tidak. panggung memang penuh la. semua ketawa puas hati tengok cerita ni. lepas keluar, ramai yang dok buat gaya bertumbuk-tumbuk lepas tengok real steel ni. peh kuat pengaruh!!!

ok berbalik pada cerita real steel itu sendiri, ianya mengisahkan tentang Charlie Kenton (Hugh Jackman) yang merupakan seorang bekas peninju handalan pada suatu masa dulu yang mengawal robot untuk berlawan bagi mendapatkan duit. Dia akan buat apa sahaja untuk mendapatkan duit. Namun begitu, dia tak memiliki kemahiran dalam mengawal robot dan asik buat silap menyebabkan robot dia pecah berkecai berlawan dengan seekor lembu menyebabkan dia kalah teruk dalam perlawanan.

Robot pertama Charlie
kalah dengan lembu hitam

Kemudian datang 2 orang lelaki yang memaklumkan bahawa dia perlu menghadiri perbicaraan mengenai hak penjagaan anaknya Max (Dakota Goyo). Namun begitu, dia sangup mendapatkan 100k untuk memberikan hak penjagaan Max kepada kakak teman wanitanya (mak Max).

Suami kakak teman wanitanya itu memberikan 100k untuk mendapatkan hak penjagaan dimana ianya diminta oleh Charlie bagi melepaskan dirinya dengan syarat charlie perlu menjaga Max sepanjang mereka ke luar negara.

Max yang tahu dirinya dijual oleh bapa sendiri berkeras untuk meminta Charlie memulangkan duit makciknya itu untuk melepaskan diri namun terpesona dengan robot yang baru dibeli menggunakan wang tersebut dan mengikuti kemana charlie pergi iaitu medan pertarungan robot untuk mendapatkan lebih duit.


apa nama robot ni. Noisy Boy kot
habis kene belasah
padahal robot terhebat!

Sifat kerakusan Charlie menyebabkan robot terhebat yang dimiliki musnah dimedan pertarungan menyebabkan anaknya Max sangat geram. Kemudian Charlie membawa Max ke tempat pemusnahan robot untuk mendapatkan barang ganti bagi membaiki robot yang rosak.

Namun, Max terpelosok jatuh dan tersangkut pada satu tangan yang merupakan sebuah robot. Max berkeras untuk membawa pulang robot itu tapi tidak diendah oleh Charlie. Charlie hanya tunggu Max membawa robot itu sendiri.

Max berkeras membawa pulang robot yang menyelamatkan beliau tadi dan tidak dapat dihalang oleh Charlie. Max meminta pertolongan Charlie untuk melihat sama ada robot tersebut berfungsi dan Charlie mendapatkan pertolongan dari anak ahli tinju tempat beliau lepak-lepak, berlatih tinju dari dulu untuk melakukan kerja itu.

Ternyata robot bernama ATOM itu masih berfungsi dan tanpa disedari ATOM boleh mengikuti pergerakan dari objek yang dia nampak. Max berkeras menyuruh Charlie mendapatkan perlawanan untuk Atom namun Charlie selalu buat tak endah sehinggalah satu hari Charlie mendapatkan perlawanan di zoo. Perlawanan yang kecil namun permulaan buat Atom.

Dalam perlawanan tersebut ATOM menang dan memberikan mereka lebih peluang untuk ke pentas yang lebih tinggi. ATOM diperbaiki dari hari kehari dan Max yang tahu Charlie merupakan ahli tinju mahu ATOM diajar untuk bertinju dan menari.

Max : Sanggup berlumpur untuk ATOM

Sebelum pertandingan ATOM akan membuat gerakan sebagaimana Max menari dan melakukan perlawanan mengikut arahan suara dari CHARLIE. Dalam satu perlawanan di LIGA, Atom menang dan Max mencabar pemilik robot Zues, robot terhandal didunia untuk berlawan. Perlawanan itu diterima dan kini Atom akan berlawan dengan robot terhebat milik wanita kaya dengan lelaki jepun.

Kebanyakkan robot yang bertanding dengan Zues tidak pernah ke pusingan seterusnya kecuali satu-satunya robot kecil milik MAX. Dapatkah atom menang perlawanan itu?? Apakah yang terjadi? Bagaimana sebuah robot terhebat menang dengan hanya nasib bunyi lonceng?? pergi la tengok sendiri hahahahahaha..


You Might Also Like

4 Komen