Al Hijab. Besh Ke?

8:26 PG


Dah tengok Al Hijab? alhamdulilah aku berkesempatan untuk tengok filem ni pada hari sabtu haritu. aku tunggu pukul 11.30 malam semata-mata nak tengok cerita ni sebab pukul 9.15 malam dah full dekat alamanda tu. his mana pernah tak full alamanda ni. manjang je fullnyer..

Dilakonkan oleh PIERRE ANDRE DAN NUR FATHIA. PIEERRE juga merupakan pengarah filem ini. Cerita ini mengisahkan Rafael, iaitu seorang pelakon baru yang ditawarkan sebuah watak utama dalam sebuah filem seram. Kalau tak silap  filem seram tu bertajuk 'JALAN MATI'. Untuk menjayakan filem itu, Rafael yang merupakan seorang yang tidak percaya kepada kewujudan hantu perlu mencari jalan untuk menghayati watak. yelakan kalau kau tak percaya kewujudan hantu tu, susah la nak rasa perasaan takut tu. apatah lagi nak melakonkan watak yang diberikan kan kan.

So,antara cara yang si Rafael ni buat ialah pergi ke kuarters lama yang diberitahu oleh teman wanitanya si Qiss (Lakonan Nur Fathia) tapi kali pertama dia pergi, qiss takut dan balik. kali kedua si Rafael ni pergi sorang-sorang tapi hantu kat sebelah dye, dye buat dek jeee.. boleh isap rokok lagi. hampeh betul!


Lepas tu, Rafael ni folow kata pengarah dan penerbit supaya tengok cd cerita hantu banyak-banyak tapi tetap tak mendatangkan rasa takut kepada si rafael ni. satu hari si qiss cakap dengan Rafael kalau nak tengok hantu ada cara lain sebab dye rasa pakwe dye ni macam kuat hijabnye.. so dye cerita pasal hijab dekat rafael.

Hijab tu cam sesuatu kat mana kitalah.. melindungi mata kita dari nampak benda-benda halus ni kan. so qiss dan mama dye bagitau yang hijab tu boleh dibuka tapi tak boleh dibuang. so si rafael ni cari lah cara untuk buka. satu hari dalam pukul 3 pagi, si rafael ni dapat satu sms yang mengandungi alamat rumah dan dalam sms tu tulis "datang sebelum senja" kalau tak silap la.

So si rafael ni rasa sms tu petunjuk dekat dye untuk buka hijab. so dye folow alamat yang diberikan dan jumpa sebuah rumah di alamat tu.. disitu dye jumpa seorang mak cik. Mak tam kalau tak silap. erk sorry la lupa pulak.. Mak tam tu cakap dye boleh tolong rafael sebab ada terhutang budi dengan mak rafael. ish cam pelik pulak bahagian sini. korang tengok jelakan.

Lepas tu rafael nyatakan keinginan dye nak buka hijab. memula mak tam macam keberatan tapi lepas tu dye folow juga sebab rasa terhutang budi yang tinggi tu. so dye bawa si rafael ni ke sebalik bukit kalau tak silap. dye bawa rafael ke satu bahagian yang dikatakan sebagai alam yang lain.

kat situ mak tam buka hijab si rafael tapi bila rafael nampak hantu dye leh ketawa seronok pulak terus tak nak tutup balik. mak tam dah pesan yang hijab tu boleh ditutup oleh orang yang buka sahaja tapi rafael kata bagi masa 1 hari.

oleh sebab rafael tak izin, mak tam tak dapat tolong tutup. lepas tu si rafael ni balik, dalam perjalanan balik, kereta dye rosak. so menumpang sebuah lori kecil yang dinaiki oleh 3 orang. sapa pelakonya pun pupel lupa.

si indon yang sorang tu cakap si rafael ni menumpang berdua tapi si bos dye cuma nampak hanya rafael sorang je yang menumpang. yang sorang lagi tak nampak sebab dah tidur. lepas tu indon dan bos blur sebab sorang nampak rafael bersama perempuan cantik, sorang lagi tak. rupanya bila tengok belakang, hantu.. sungguh semua cabut, si rafael ni menghadapi macam-macam kenampakan berlari sampai rumah. jauh tu main lari je dah sampai hahaha.

lepas tu berlaku la penampakan-penampakan lain sampai konon-konon si qiss datang rupanya hantu yang datang. memang 1 malam tu si rafael ni cam nak gila la nampak macam-macam. esoknya dye pergi rumah mak tam untuk tutup..tapi sayangnye............... tengok la sendiri hahahahaha

cerita ni memang seram tapi cerita ni macam habis gitu je.. ke ada sambungan lagi? lepas tu kan pleaaaselah jangan buat adegan isap rokok tu banyak-banyak. tak baik untuk kesihatan oooo.. apapun bolehla kasih 3/5. 

You Might Also Like

0 Komen