PSP dalam gengaman

8:37 PG

 

semalam suami balik awal sangat. nak ajak aku pergi ke Summit USJ. jalan. aku folow je.. orang OT besar bulan ni kan. apeeeeeee pun tak boleh. sampai je sana kami pergi makan dulu dekat Ayam penyet tingkat bawah sekali berhampiran dengan Giant. Oh..mahal tapi sedap. kene dengan selera kami. oleh sebab Tab aku beteri nyot nyet, Takde lah ngambil gambarnyapunalahaikan.

Kemudian kami cari kedai. Suami nak beli PSP.  Macam-macam kaler la yang beliau riki-riki tapi habis-habis riki ni yang beliau beli. terengggg...


time ni aku nak gelak sebakul sebab banyak-banyak kaler, kaler purple yang aku minat ni dye minat juga, dan tiba-tiba dye buat pengakuan "abang minat la kaler purple". hai la labu, setahu aku dye minat kuning.. bila masa dye tukar minat ni.

Tapi takpelah. PSP HANNA MONTANA ni lawa juga, purple i like it..

jeles bebetul. alasan suami aku nak beli benda ni kan "ala bosan la kalau tak de kerja dekat kilang, nak main psp. kawan-kawan semua ada" alasan macam nak makan penampo je hahaha. tapi tak pelah u minat u beli duit u jangan kacau duit i tapi jangan lupa bagi i duit. hahaha.

Yang kelakonya, baru je belek, beteri habis lepas tu tak geti cas sebab kepala cas dye lain dari yang lain. hai laki aku ni kan, teringin nak guna tapi tak geti nak beganya. tapi bab tang main gamenya pandai je pulak. dah malam-malam bini jadi MCGerver untuk dia. apapun hasrat beliau telah tercapai. bilakah hasrat bini beliau pulak.

laki aku buat ayat "Lepas ni abang janji nak belikan ayang jam berjenama, handbag berjenama, kasut berjenama, baju berjenama" rasa nak hempuk juga dye kat situ. dah dapat tu tak yah la bodek lelebih. moodnya sebab takut kene marah berhabis duit beli benda yang namanya GAME..




You Might Also Like

5 Komen