Movie- Keramat

4:03 PTG

 

Haiya..sabtu haritu aku habiskan sisa-sisa duit yang ada dengan menontot KERAMAT. macam besh bila tengok dekat SEBALIK TABIR, tapi bila dah tengok..macam biasa PERASAANNYA HAMPA



aku bajet air tangan Azhari Mohd Zain untuk filem KERAMAT ni sebaik MANTERA..tapi..macam aku  cakap tadi HAMPA. Jalan cerita Filem ini memang tak kuat dan agak serabut memeningkan kepala dan buat aku tanya, cerita ni macam mana. tapi bahagian terkejut-terkejut tu macam biasalah, memang terkejutlah dengan bunyi efek super kuat kan. untuk cerita ni sinopsis aku kongsikan dari SINEMAMALAYSIA punye yeee

Sinopsis:

 

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?


P/S: cerita ni kan kan. TAK BESH!!

You Might Also Like

5 Komen