MOVIE- Sinopsis Sumpahan Kum Kum

2:02 PTG

  
Tadi pupel dah cerita yang semalam pupel pergi ke PRATONTON SUMPAHAN KUM-KUM di entri ini --> PRATONTON MOVIE - Sumpahan Kum Kum dan sekarang pupel nak cerita tentang SINOPSISnya pulak ye :)



Untuk pengetahuan semua Fezrul Khan adalah pelakon utama filem ini dan memegang watak Adi, Shima Anuar sebagai Mila (Hantu Kum-Kum), Wawa Zainal pula memegang watak sebagai adik Adi bernama Shima.



Barisan Pelakon

Sumpahan KUM KUM adalah mengenai Adi yang sedang melalui satu kawasan jalan untuk menemui Tunangnya kerana mahu keluar pergi Ziana Zain Live In Fun Fair katanya bersama Shima (Adik beliau) dan dalam perjalanan, shima mengadu sakit perut dan mahu ke tandas. Adi memberhentikan kereta di sebuah tandas awam malangnya Shima mati disitu dalam keadaan yang menggerunkan. Dan rupanya ia hanya sebuah mimpi. Adi terbangun dari tidur dan mendapati isterinya sedang tidur disebelah. Telefon bimbitnya pula berbunyi dan beliau menjawap panggilan tersebut.

Rupanya mak adi iaitu MAK TOM telah nazak. mereka bergegas balik pada hari siang dengan membawa anak sunti mereka bernama TINI. TINI tidak dibenarkan balik oleh Mak Tom ke kampung dan mak tom tidak pernah berbuat baik dengan Tini. Ketika tini mendapatkan mak tom untuk salam, mak tom menolak menyebabkan cucunya itu menagis.

Kemudian, Tini masuk ke sebuah bilik lama (Bilik Arwah Shima) dan meminta kebenaran dari ayahnya, Adi untuk tidur disitu. Pada waktu malam, Mak tom diganggu oleh jelmaan hantu kum-kum namun sempat diselamatkan oleh Adi. namun adi tidak tahu mengenai hantu tersebut.

Ketika sedang melalui jalan (masa ni adi keluar), adi telah diganggu oleh jelmaan hantu tadi tapi dye masih tertanya-tanya kerana tidak mengetahui kejadian sebenar. Rupanya, Mak Tom tengah nazak teruk. Di rumah imam mengarahkan atap dibuka bagi memudahkan Mak Tom 'pergi'. Ketika adi  pulang, mak tom telah tiada dan adi mencium mak tom (telah ditutup dengan kain) namun semua yang ada terbau bau yang sangat busuk. Bila dibuka kain yang menutupi muka mak tom, rupanya muka mak tom telah buruk dan dipenuhi ulat gemulat. yulks!!!.

Kejadian seram belaku pula kepada Mak Leh yang merupakan sahabat baik Mak Tom. Mak Leh membuka kotak tua peninggalan Mak Leh sayangnya ketika sedang memegang barang-barang tersebut, jelmaan Mak Tom berkain kapan dan menakutkan telah mengejutkan Mak leh sehingga terlanggar suaminya yang kebetulan ke dapur untuk menyuruh Mak Leh menyediakan air.

Kejadian pelik terus mengikuti adi. Ketika pulang dari surau, adi telah ternampak seorang wanita bertudung putih yang berjalan ke perkuburan lama. Adi mengikuti wanita tersebut dan menjerit-jerit meminta kepastian mengapa wanita tersebut datang mengganggunya. Namun Adi tersepak kepala seorang wanita yang telah mati dan jatuh tersungkur, ketika memalingkan muka dia terkejut dengan wajah hantu yang menakutkan lalu pengsan. Gila seram muka hantu tu.celaka betul.

Kemudian adi tersedar, dia telah berada di rumah dihantar oleh orang kampung. Keesokkan harinya, ketika sedang bersendirian di dalam bilik Arwah adiknya, Shima, adi telah diganggu lagi oleh jelmaan hantu Shima, jelmaan hantu Mak Tom yang meminta Adi menyelamatkan Tini. Adi berlari ketakutan menuju ke rumah Mak Leh. Di sana Adi tergamam kerana tidak mampu menceritakan apa-apa kerana terlalu takut. 

Esoknya, Mak Leh membuka cerita. Kisah Hantu Kum-Kum jelmaan Mila yang berdendam kerana mati dibunuh oleh Mak Tom. Kisahnya bermula apabila Mila yang buruk seringkali dihina dan dicaci meminta pertolongan Mak Tom untuk cantik. Setelah proses memasukkan susuk selesai, Mak Tom memberitahu bahawa syarat utamanya adalah tidak boleh melihat cermin selama 40 Hari.

Mila  yang teruja kerana asik dipuji cantik akhirnya tidak sabar untuk melihat wajahnya sendiri dan melanggar pantang. Akibatnya muka mila semakin buruk dan mila mendapatkan Mak Tom untuk mengembalikan kecantikkannya. Tapi sayang, menurut Mak Tom cuma 1 sahaja yang boleh memulihkan wajah mila iaitu meminum darah 9 anak dara sunti.

Mila yang turun dari rumah Mak Tom ternampak Shima sedang bergayut (telefon) di buaian luar rumah dan merancang untuk mendapatkan shima sebagai mangsa pertama. Kejadian dalam mimpi yang dialami oleh Adi pada permulaan cerita tadi merupakan kisah sebenar bagaimana shima dibunuh.

Mak Tom yang mengetahui kejadian itu telah berdendam dengan mila dan memanggil mila kerana menurutnya ada cara lain yang boleh dibuat bagi mengembalikan kecantikkan mila. mila menuruti Mak Tom namun matanya harus ditutup. Mila tidak tahu yang Mak Tom sebenarnya merancang pembunuhannya pula.

Mak tom melibas mila dengan cangkul dan ingatkan mila dah mati rupanya mila yang tengah nyawa-nyawa ikan dan penutup mata terbuka nampak mak tom membunuhnya dan sempat bersumpah untuk membunuh semua keturunan Dara Sunti Mak Tom.

Adi mengarahkan isterinya membawa Tini pulang ke KL kerana bimbang sesuatu akan berlaku. Tapi sayang, jelmaan hantu itu telah berkawan baik dengan Tini dan mengikut mereka pulang ke KL

Kejadian yang diceritakan oleh Mak Leh kepada Adi diceritakan pula kepada Imam menyebabkan polis dipanggil untuk mengali tempat mila ditanam. Lokasi itu diketahui oleh Adi kerana dia telah pengsan dan ditemui oleh orang kampung sewaktu mengikuti gadis bertudung putih di kawasan perkumburan lama.

Setelah rangka mila di gali, orang kampung memulakan proses untuk penyemadiannya pula. Adi bergerak dari kampung ke KL untuk menyelamatkan Tini. Ketika dalam perjalanan, beliau menelefon isterinya namun seringkali tidak berjawab. Rupanya isterinya sedang mandi. Tini pula asik bercakap tentang seorang wanita bernama mila yang menjadi kawannya dari kampung dan meminta kebenaran dari ibunya untuk membawa mila masuk. Nurul (isteri adi, mak Tini) berasa pelik namun mengiyakan permintaan anaknya.

Adi yang dalam perjalanan balik ke KL disaman oleh polis kerana membawa kereta sambil menggunakan hp dan membawa kereta yang telah tamat cukai jalan. Namun dia perlu cepat. kereta pula buat hal. Mila pula telah menunjukkan wajahnya dan membuatkan Tini dan Nurul ketakutan namun Tini telah ditarik oleh Mila (Hantu KUM-KUM) dan dikurung didalam bilik.

Adi tiba di rumah dan tidak dapat keluar kerana pintu kereta tidak dapat dibuka. Adi membuka tingkap dan keluar melalui tingkap dan mendapatkan isterinya. Waktu itu Tini telah berada dengan hantu kum-kum dalam bilik. adi merempuh masuk dan dapat masuk namun pintu terus tertutup. Hantu kum-kum mila telah merasuk ke dalam badan adi dan membuatkan adi menjadi mila dan membuka rahsia betapa dendamnya beliau dengan keturunan mak ton.

Urusan pengebumian hampir selesai di kampung membuatkan hantu kum-kum yang masuk dalam badan adi serba tak kena dan akhirnya keluar selepas habisnya urusan pengebumian. adi dan tini terselamat. Mak ton dan Mila pun tenang di 'sana'

Satu malam si Nurul memegang jarum susuk dan melihat cermin.. sekali tu keluar.....................


eh tengok la sendiri 26 Jan 2012 nanti ye..
cerita ni kalau cerita tak besh mana tapi kalau tengok..
mak datuk..TAKUTNYE!!!!!!!!!..
jangan risau pupel jamin cerita ni besh
dan untuk pengetahuan korang walaupun cerita ni seram,
masih ada babak yang boleh buat korang ketawa :)
dan sinopsis yang pupel buat ni ikut cerita tau.
dari mula pupel tengok sampai habis ni pupel cerita

Syabas David Teo, Bob Hashim dan barisan pelakon.
cerita ni memang BESH!...
9/10 gitu!!

You Might Also Like

3 Komen