Alhamdulilah SAMSUNG LED 32 INCI Dalam Tangan

9:43 PTG


Hari ni aku agak senyap. bukan apa hari ni akumc gara-gara sakit datang tak diundang. Laki bini pening dan sakit perut. suami aku demam. aku tak berapa panas sangat tapi meloya-loya. 

Agak tengahari baru kami laki bini bangun dari tidur dan pergi ke klinik. Dua-dua makhluk ni dapat MC. alhamdulilah. alang-alang dua makhluk ni dah tak kerja, suami cadangkan kami ke KL untuk ambil hadiah dari ASTRO yang beliau menang di JELAJAH RAJALAWAK DI PKNS BANGI iaitu SAMSUNG LED 32 INCI.

Agak petang juga kami pergi sebab dah la tak tahu jalan, kepala pening pulak. Tapi sampai juga dekat Wisma Ali Bawal PJ. Tak sampai 10 minit  pun menunggu, SAMSUNG LED 32 INCI dah dalam tangan :)



Alhamdulilah rezeki tahun baru kali ini memang memberangsangkan :)



You Might Also Like

6 Komen