MOVIE-Keramat Sinopsis II

9:07 PG

  

Sebenarnya akutak faham sangat cerita ni tau. cerita dia start bila zaman dulu ada lelaki bernama HABIB yang ada kuasa pelik dimana mukanya bercahaya sampaikan makwe sendiri (mustika) nak tengok pun kene tengok lalu air. lepas Mustika tu dapat tengok muka Habib tu, tetiba je Habib kene hukum bunuh dengan abang Mustika tu. bila dah kene tikam, abang Mustika ni buka kain penutup muka Habib dan keluar cahaya pelik. jadi semua orang mati terkene cahaya tu.


Mustika pulak lari balik konon-konon dalam tangisan tapi rupanya gembira dengan kematian Habib, sampai rumah dye tengok cermin sekalitu, muka dye melepuh.. dye ketakutan dan berlari mendapatkan Habib yang tak mati lagi rupanya tapi Sayang...................... SEBAB.. si Habib ni dah sumpah apa tah, jadi si Mustika ni mati dan disedut oleh tongkat sakit si Habib tu..

Pada waktu sekarang pulak ada dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti. Isteri Nazmir keguguran dan mengalami 'meroyan' keguguran tu digambarkan macam si Zura (bini Nazmir) tu nampak mahkluk hodoh makan baby dye. sebab tu meroyan. So si nazmir bawa pergi jumpa doktor (kawan nazmir juga).

Pada suatu malam si Nazmir ni macam mengalami satu ganguan dimana dye menjadi agak gila dan melukis di sehelai kertas. Ada gambar ladang tebu, pokok lembah dan tongkat. so nazmir ni bawa la lukisan tu bersama nasti menemui doktor tadi. nazmir minta doktor tolong cari apa maksud semua ini. Nasti pulak minta lukisan itu dan tengok. kemudian bila mereka balik, lukisan pada tangan doktor macam panas dan terbang membuatkan doktor rasa seram-seram sejuk.. SINI ADA HANTU!!

Ok, balik tu si Zura meroyan royan la.. si nasti cakap dye boleh tolong ubatkan dengan syarat 'NAK TEBU DI LEMBAH" tiba-tiba zura menyampuk dan bagitahu "ADA KAT KAMPUNG ZURA" so mereka ambil keputusan nak balik kampung esoknya.

Esoknya mereka balik kampung dan selamba badak je masuk rumah lama tak bagitahu lak umah tu umah mak bapak si zura ke apa yang penting umah tu buruk nak mampus (rumah mustika). dekat dalam umah tu nazmir nampak sizura nak tidur dalam bilik, bila nak sentuh, si zura masuk bilik dan suruh nazmir keluar, haha terkejut di nazmir. sapa pulak yang dye nak pegang tu.

Esoknya mereka pergi ke lembah tu dalam perjalana mereka tersekat di satu jalan. Kereta meragam. lepas tu, si Munirah (bini Nasti) kelihatan pelik dan mengejar orang yang dye nampak macam Nazmir, Nasti dan Zura tapi sebenarnya mereka semua yang sibuk mengehar Munirah yang macam orang hilang akal tu.
Kejar mengejar sampai la dekat lembah yang ada tebu tu. bila hari dah malam boleh pulak si Nazmir ambil keputusan nak tidur dekat pondok buruk yang mereka jumpe dekat lembah tu macam dah sesat sesangat la pulak kan. napa tak patah balik je bukan jauh pun hahaha.

Kemudian, waktu mereka tidur, nasti tu tah pergi mana, si munirah ni pulak meracau-racau berjalan sampai jumpe tongkat habib tu, tapi si nazmir perasan yang munirah ni hilang so dye pergi cari, tak perasan ke yang nasti pun takde, patutnya tak yah cari pun. dye kan ada laki. marah aku ni!!
Kemudiannya, si nazmir ni jumpe si munirah yang dah pengsan dan pegang tongkat, si nazmir ambil tongkat tu. lepas tu datang si nasti, dye ingat dye dapat tongkat tu rupanya non hadoooo. kecewa, menjerit cam orang gila. hahah.

Kemudian esoknya mereka berangkat balik. dalam perjalanan nak balik tu, si Nazmir kan pegang tongkat tu kan, dye mendapat imbasan, suara tentang kisah lama apa yang terjadi pada tongkat tu. then mereka pun balik. Zura pulak dah marah-marah nak balik sekali tu kene penampo jepun dengan Nazmir. sampai nak diperambat dengan tongkat tu sedangkan ikutkan si Nazmir ni penyabar. Masa ni kereta pulak rosak tetiba bila zura mengamuk-ngamuk nak balik macam tak bagi dyeowg balik.

Si nasti pulak asik nak pegang je tongkat tu tapi si nazmir marah so dye pun geram. geram la konon. Si munirah pulak dan mula bertukar jadi pelik dan membahasakan diri 'MUSTIKA' dengan si Nazmir dan buat ala-ala seksi seksa nak goda si Nazmir. Si nasti pulak buat tak kesah dah dengan bini dye lagi dye nak menurun ada lah bila si tongkat dye tak dapat.

Ada imbasan yang menyatakan si nazmir dan nasti ada belajar ilmu habib dan sapa dapat baju habib tu dye terror la dan kene dapatkan tongkat je pulak. ooh.. aku paham dah cerita ni adalah pasal si nasti nak tongkat tu la. tapi tongkat tu ada tuannya. maksudnya yang dapat tu adalah tuannya, kalau nasti nak juga pun tak boleh.

Malam tu si zura pulak dah meragam nak balik tapi keta kan rosak. bila nasti nampak si nazmir dan zura dah membuta dye nak pegang la tongkat tu tapi sayang kene perambat dengan nazmir terus berbuih-buih mulut. si zura pulak dan bertukar jadi hantu hahaha. hantu la sangat.

datanglah seorang 'alim' bercakap ala-ala INDON menyelamatkan mereka semua. so mereka ni dok la berubat dekat kawasan orang alim tu sampai si nasti sembuh.

lepas tu nazmir dan nasti pulak pergi ke ladang tebu untuk pulangkan tongkat. dah pacakkan tongkat mereka berpelukkan. si munirah dan zura tunggu kat musolah tapi zura datang lari-lari anak dekat si nasti dan nazmir bagitahu yang munirah ilang!! so mereka ni nak cari la konon-konon tapi si nazmir tak bagi, dye kata biar dye cari. sekali tu dye balik umah (malam sampainye) nampak macam zura dekat bawah rumah main buailah. banyak la terkejut-terkejut time ni.

sekali tu ha kau!!. si munirah ni ada je atas umah nak mintak maaf konon. so bila nazmir bertemu munirah bertukar la jadi habib bertemu mustika. mustika ni nak mintak maaf la jadah konon. so habib maafkanlah. habis je munirah terus tombang dan si nasti masuk pulak. dah kantoi dye ingat abang dye saja je nak peluk munirah sedangkan munirah dah mati. lepas tu apa lagi. bergaduh la, si nasti tu tikam abang dye dekat dada. kemudian si zura masuk pulak. dye dapat tahu yang si nasti ni rupanya yang bunuh anak dye (dalam kandungan) menggunakan ilmu (masa ni ada slot-slot teringat-teringat kot) kemudian dye kapak si nasti. datang pulak si doktor tadi yang konon nak bagitahu kisah tongkat habib tu) kene kapak juga. si nazmir tak mati lagi, kene kapak juga. last-last zura kapak diri sendiri hahaha.


You Might Also Like

3 Komen