Kisah Penang Part 3

11:26 PG

Assalammualaikum W.B.T

Setelah berjaya menyiapkan surat yang bertimbun, aku nak sambung kisah Penang Part 2.. iaitu sekarang part 3. Part-part ni aku ceritakan by day aku kat sana. hari ke 3 ni kami tak banyak aktiviti. bangun., mandi dalam tab (auw!!), turun sarapan dan sambung tidur kejab hehe, taklah naik balik dan bersiap untuk ke Rumah PRamlee. tapi kami turun lambat sebab memang tak nak pergi mana-mana pun. Cadang tu penangnya nak pergi mandi pantai/pool.

Pergi umah pramlee tu aku naik bus 101 pergi komtar. apa2 hal kene pergi komtar dulu. lepas tu ambil bus 206. Masalahnye naik bus ni, aku tak nampak mana satu umah pramlee tu., sudahnya telajak hampir 1 kilometer. huwaaaaaaaaaaaaaaa. tengahaributa menapak! menciknyeeeeeeeee!

Setelah lemak aku terbakar 1 kg banyaknye, sampai juga dekat destinasi. Rumah pramlee ni kecik je.. aku masuk juga tapi takut nak runtuh!!. antara gambar aku kat sana :


nilah rumahnye. rumah 1 bilik pon. tapi panas! kalau kat kampung aku buat umah gini! peh! berangin siot!!!


Kami lepak jab dekat wakaf sebelah rumah dia ni untuk melepaskan lelah yang teramat sangat gara-gara jauh berjalan tadi hahaa.

Lepas tu barulah lepak bawah rumah dia. bawah ni ada sebuah basikal milik pramlee dan sebuah sampan (model je) yang dikatakan mirip sampan yang selalu digunakan pramlee dulu. hahaha. ada kerusi. kami lepak jab. penat wooo
Laki aku dah tak larat nak berdiri. cepat-cepat lepak kat kusi tu.
Yang ni basikal kesayangan pramlee. tuanye.. dilarang sentuh tapi aku pedulik apa!!
Sebelah tu sampan dia.. ni aku sempat snap cerita pasal beskal dia.

 Ingat nak ambil banyak gambar tapi dah kene marah dengan sorang pakcik yang dok merati kami dari tadi, upanya mana leh ambil gambar! dey! tapi aku kan degil. dapatlah gambo dekat tangga je pon!


Ni tangga bahagian dapur dia, hoho. lain-lain tak dapat nak hambik.. aku pon tak lama dekat sini sebab panas mak datok!! lepas tu kitaorang sempat pergi Galeri pulop!


Masuk free. dapatlah tengok baju pramlee, mesin taip dan baca kisah-kisah dia. hoho.. gambar pramlee kawen pon hado.. lepastu kami balik.. dan bersiap nak pergi pantai. haha ada pantai miami depan hotel kami ni tapi tak berapa ummm la...tapi ramai je yang mandi. laki aku tak mandi sebab airnya tak best kata dialah! hahaha.

Bestnya dekat hotel hydro ni nak pergi takyah lintas jalan sebab dia sediakan jejantas. tapi aku gayat!!! lepas tu turun tangga ni pastu jumpa cafe yang jual arak. jangan makan kat situ. haha sebelah dia ada medan makan boleh oder bawal goreng kat situ sedap tu tak dijamin hahaha!! aku tak banyak ambik gambar sebab laki aku pemalas!!

dah tu aku p makan bawal goreng dekat situ. kemudian balik dan lepak pool hotel kejab hahaha. tercungap-cunggap aku dibuatnya. penat! laki aku?? tak mandi pon dekat pool tu. geram!!!! dok termenungjelah!!


Malam tu layan AJL dalam bilik hotel! hahaha. 

BERSAMBUNG..





You Might Also Like

3 Komen