Belajar Kelas Vokal?

11:37 PG



Kata orang kekecewaan semalam tak bermaknanya membuatkan kita putus harapan pada hari mendatang. Yetak? yetak? menyedari bakat yang ada tak cukup kuat kerana kurang ilmu, teknik-teknik dan pengalaman membuatkan pupel laki bini terduduk tepi kolam air kat wayang alamanda tu. Kami fikir, kalau kami dah sekali melangkah kedepan, kenapa bila kalah, tak berjaya nak terus undur kaki? padahal ada je cara yang boleh buat kami terus kedepan.

Masa tu masing-masing teringat Yamaha Alamanda. Sebelum ini pupel memang nak study main gitar akuastik kat situ tapi sampai la ni tak pergi-pergi nak daftarkan diri. Bukan apa, tak belajar macam mana gitar kat umah tu nak dipergunakan. Takkan nak jadikan hadiah en suami tu hiasan. Belajar sendiri memang boleh tapi takde yang nak membetulkan kalau kita salah. ye tak?? Nak suruh en suami main. dia pun tak pandai.

Tapi, masa tu teringat? takkan Yamaha tak buat kelas vokal?? ye kelas vokal?? kerana apa?? mungkin tuhan kurniakan pupel bakat. boleh menyanyi tapi berapa ramai orang boleh bernyanyi dengan teknik yang betul. Paling tak, nyanyi suka-suka macam pupel. semua orang pandai. tapi tidak pupel..bodoh dari segi teknik. patutnya benda ni aku dah fikir lama dah.. Nak belajar sambung ijazah otak lembab. Konon tak suka nak buat benda yang kita tak minat. ye tak?


Dengan segera, lepas dua-dua habis termenung, cepat-cepat kami pergi Yamaha. Bertemu dengan Puan Mala. Baik orangnya berbangsa india. Dia terangkan dekat kami. Register fee sahaja RM50. untuk class yamaha, deposit 1 bulan diperlukan. Kelas vokal pula lebih kurang RM240 Sebulan 45 minit setiap sesi dengan 1 minggu 1 sesi. Suami cakap minggu depan masuk belajar. Kami akan register dalam hari isnin/selasa macam tu.

Masa tu pupel pandang suami. kenapa dia beria-ia. nak masuk tu kene bayar 50+deposit dan mothly. cuba kau kira dah berapa??  aish...


You Might Also Like

1 Komen