Layan Bambam Ketip, Dadam Beskal dan Gwen Sepeni

11:59 PG




Jumaat lepas, akak pupel datang. So pupel pun cuti muti malaysia. Kakak datang dengan kereta baru siot!! Haha. Dia tiba dalam pukul 6 juga. Nasib pupel dah masak. Aktiviti kami malam tu ialah tengok lampu di putrajaya. Kami bawa si ketip (Awatif), Dadam Beskal (Adam Haikal) dan Gwen Sepeni (Alwani) pergi tengok jambatan warna warni. Jambatan sesumpah katanya. muahaha.


Muka teruja si dadam tu. dia kata tantik.


ketip macam dah ngantuk. baliknya terus tidur hahaha.
gambar sepeni tak ambil sebab ibu dia pegang.

Hari sabtu pulak kami ke Ijok untuk melawat saudara makcik. Dekat ijok bebudak ni bantai ambil gambar dekat gazebo kat luar umah. Cuaca gile panas tapi bergambar tetap on. Haha.



Sebenarnya banyak lagi tapi makcik dia malas nak ngepelod.
En suami pulak sibuk nak ambil buat ciku dekat rumah Wak ina tu.



Lepas tu kami jalan-jalan rumah Pak Lang pulak. Malam tu tak de buat aktiviti apa-apa sebab masing-masing dan kepenatan. Hari ahad kami semua pergi ke Pusat Sains Negara. Bawa budak-budak jalan-jalan. Tapi nak cari parking punye susah plus terlalu ramai orang kat PSN tu. Nak beli tiket pun beratur panjang. Masuk juga dekat tempat Dinasor tu tapi mak datuk punye ramai orang.


Suami dan dadam


Sebelum masuk Dinasor Life


Kak Awin, Sepeni, Dadam, Ketip dan Abang Amir
Ketip nagis sebab tak nak dipegang. Masalahnye terlalu ramai orang
Silap-silap boleh hilang.

Sakit hati betul dengan orang yang jaga pintu masuk tempat dinasor tu. Tah apa-apa. patutnya buatlah barisan guna tali ke apa ke. dah jadi orang berpusu-pusu merempuh. Dalam tu memang tengoklah dinasor bergerak. Si sepeni belum masuk lagi dah membuta. Dia tidur masa mak dia kendong. Si dadam lak asik "takut-takut" tapi sibuk nak pegang dinasor tu. Kakak ketip pulak takut sampai menagis. Sudahnya gambar dadam paling banyak haha.


Bukti ketip nages..


Dadam memang kusyuk tengok dinasor


Omg.. makcik dia muka dah macam gorila..
tapi adam tetap tengok dinasor


Masih tengok lagi???

Kami balik dalam pukul 3 petang sebab masing-masing dah penat dan rimas terlalu ramai orang. Gerger. Petang tu mereka pergi mandi-mandi dekat kolam renang presint 9 tu tapi pupel tak ikut. Malam pulak kami pergi ke rumah abang di kajang.  Mereka sekeluarga dah pun balik tadi dah pupel  sunyi sebab en suami pergi cari kerja ( hantar resume dekat kilang-kilang sekitar bangi). 

Omg. sangat penat rasa nak tidur pulak. jom tidur. ZzZz














You Might Also Like

3 Komen