Ada Orang Cakap Bela Kucing Susah Dapat Anak.

9:46 PG




Hari ni tiba-tiba nak buat entri pasal bela kucing ni susah dapat anak. Sebenarnya benda ni dah lama berlegar-legar dalam kepala cuma tak sempat nak tukar jadi entri dekat blog yang makin lama makin suram gara-gara tuan blog dah tak rajin blogwalking macam dulu kheeeeeeeeeeen.

Haritu pupel ada sentap sikit sebab ada orang cakap belakang "Macam mana nak beranak kalau bela kucing??? Lama-lama tak beranak terus..!!". Sentap tak jah! akak sentap tau.. Memang la kalau orang mengandung ni bela kucing ada potensi nak terdedah pada Toxoplasmosis tapi rasanya jarang-jarang belaku la sekarang kan..

Cuba fikir orang dulu bela kucing punya banyakkkkkkkkkkkkkk.. tapi mereka mampu untuk mengandung. mampu melahirkan dan membela anak. plus sedari kecil anak dikenalkan dengan binatang kesayangan nabi ni sekaligus anak-anak zaman dulu dengan kucing macam kawan-kawan. Cuma mak kita jaga macam mana?? bila lepas main dengan kucing, basuh tangan anak tu. tak pun pantau time anak main dengan binatang. 

Alasan pupel bela kucing?? sebenarnya masa mula-mula kawen memang ada bela kucing lepas tu pindah randah turus stop. bila suami kerja malam. balik malam2 kita kat rumah ni bosan..anak tak ada..so ada kucing bagaikan peneman. korang tahu kan kucing ni sifatnya manja..penyayang kemudian kucing sangat alert dengan bunyi2 dan sebagainya. kau bayangkan balik rumah..kucing dengar kita buka pintu. dia dah menerpa.. kita kuak je pintu..dia da menanti depan pintu dengan suara yang indah. indah bagi aku.

Meow-meow. dia meleset2kan badan kat kaki tapi pupel kurang suka kalau dia meleset2 tapi kebiasaannya dia akan kejar kemana kita pergi. buat kita rasa selesa. sakit hati dekat opis tu macam hilang. ambil dia dukung dia.. bercakap dengan dia.

Dulu pupel ingat ada orang cakap pupel gila bila cakap dengan kucing. tapi bagi pupel, cakap dengan kucing bagai satu terapi. mungkin kita dan dia sama-sama tak faham.. tapi tengok mimik muka mereka bagai memahami kita. yang penting dia tak akan boring dengar kita bebel macam manusia kan??? paling teruk, masa dia dengan cerita kita...dia tidur.. so cute.!

Sekarang ni dah macam-macam barangan untuk kucing. Makan dan minum bukan masalah untuk kucing-kucing pupel. pupel dan beli siap-siap bekas makanan dan minuman yang auto turun kalau makanan/minuman mereka berkurangan. Tahi tu sendiri faham la. taik kita lagi busuk kot.. tapi sekarang ni kucing dah pandai berak dekat pasir. ada jual. plus kalau ambil pasir yang boleh hilangkan bau, boleh pakai lama. kucing yang pupel bela, lepas berak pupel tangkap kasi cuci erkerk mereka. geli?  sama konsep dengan kita cebuk tahi sendiri. kita nak bela? kita nak dia bersih.. kita kerja lebih sikitlah.

Bila kita bangun pagi.. tak payah nak tunggu jam lonceng lagu tentang rasa tu berbunyi. dia dah naik atas dada.. meowwwwwwww.meowwwwwwwwwwwwwww. kadang-kadang geram juga lepas tu terus ambil peluk dan sambung tidur sampai orang sebelah kita jerit "OI BANGUNLAH!!!!!"

Berbalik pada Ada Orang Cakap Bela Kucing Susah Dapat Anak..Anak tu rezeki tuhan derrr. Ada kucing atau tak. bela atau tak kalau tuhan kata BELUM..maknanya BELUM.. kalau tuhan kata TAKDE, maknanye TAKDE.. kunfayakun..

You Might Also Like

13 Komen