Meow-Meow..Akulah Meow Yang Power Itu.

6:13 PTG




Kalau aku diberikan peluang atau kuasa sakti dari binatang pasti pupel  nak jadi Kucing yang power. Mungkin sebelum ni dah ada Cat Women, apakata tambah satu lagi jadi Meow-Meow Woman. Kelas kau namanya..


Meow-Meow Woman ni nama je macam ada bunga dalam taman tapi selagi masih azalinya seekor kucing haruslah memiliki peribadi yang manja dan penyayang. 

Apa yang menyebabkan pupel pilih untuk menjadi Meow-Meow Woman ini adalah kerana sifat-sifat yang ada dalam diri seekor kucing  itu sendiri. Antaranya ialah :


1.  Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.
Nak jadi superhero ni kenelah mempunyai kelebihan. Walau kucing sering dianggap pendek tapi dengan kelebihan melompat tujuh kali lebih tinggi dari tubuh sendiri adalah kelebihan yang perlu ada bagi seorang superhero. Haha. nak kejar penjahat oiii. tak sempat nak naik tangga. liff jauh sekali.


2. Kucing berlari laju
Penjahat datang dengan kereta super laju melarikan diri. Tak payah nak start kereta. Sifat kucing dengan kelajuan berlari 50km/jam memang sempat je nak tangkap penjahat tu semua, bayangkan-bayangkan..



3. Mata kucing boleh melihat dalam gelap.
Wah satu kelebihan, senang nanti  Meow-Meow Woman nak memburu penjahat dalam gelap. yelah nak jadi superhero ni ingat senang ke. nak kene banyak ushar supaya penjahat tak terlepas atau kita terperangkap. Bila mata kita power,  kita tangkas dengan kelebihan yang ada.. pasti penjahat dapat ditumpaskan dengan mudah. heyaaaaah.


4. Peka dan sentiasa berjaga-jaga
Korang perasan tak kalau kucing dengar bunyi walau dari jauh, terus dia tersentak dan buat muka berjaga-jaga?? itu satu kelebihan yang patut ada bila pupel nak jadi superhero ni. haha. Bila dengar je bunyi yang mencurigakan cepat-cepat berjaga-jaga dan terus rancang strategik untuk bertindak. 


opocot mak kau!!!

5. Senjata yang sentiasa bersedia.
Tahu tak bahawa kucing ni ada satu senjata yang sentiasa bersedia. Boleh simpan kalau tak nak pakai. Keluarkan je kalau nak guna. Apa tu?? Dan tentu kuku yang tajam!


kau ada???

sebagai superhero kenelah berjaga-jaga anytime kan. kalau nak pergi dating tiba-tiba nak berlawan tak kan nak bawa pisau bagai. tak payah.. keluar je kuku. strettttttttttttttttttttttttttttttt. dah tewas musuhku haha

pendek kata, kucing ni bukan kucing yang manja-manja je. ada masa boleh jadi mara bahaya. macam tu gak dengan Meow-Meow Woman . So en penjahat. jumpe kat parking ye :)

You Might Also Like

1 Komen