Kim Dina

11:54 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Semalam aku baru je kutuk tak boleh buka blog guna WiFi opis, hari ni boleh pulak.. saje je nak suruh aku updated blog kan kan.. aduhai mata aku ngantuk ni.. dari aku layan mata sampai terlelap baik aku buat kerja berfaedah time takde kerja ni..

Pejam celik pejam celik dah setengah tahun usia anak aku..kim Adeleena. eh kejap kim, kejab dina, kejab nurdina pastu kim adeleena ehhhhh banyaknyaaa namaaaa aku pon kompiussss dah..

Nurdina sekarang udahh start melasak. Melasak minah tu komainnnnn kau.. Sekarang dah pandai angkat bontot (meniarap) pastu dah pandai mengesot.. Kejab je aku letak kat tempat lain, belum aku duduk dia dah kat tempat lain.. 


*abaikan buaian belakang.. anak aku tak pakai buaian.
tu buaian akak aku.. 

Kalau dia tidur... punya terkapang.. tangan terbuka kaki terbuka.. Lepas tu mana kita baring situ juga dia nak menyempit. Style dia tidur, menyusu dulu dengan aku pastu dah siap dia berpusing-pusing-pusing sampai jumpe tempat yang betul2 sedap dengan dia pastu tidur. Kebiasaannya meniaraplah. Pastu kang kalau nak susu lagi dia bangun mata tak buka tapi menagis mulut cari txtxk hahaha.. 


*ni jadi kalau tidur atas katil.
aku pon pening nak menyelit mana


Pastu mulut dia mak datuk kuat bebel dah sekarang. Babababa Tatatata Tehtehteh Aaaaa Oooo.. ni antara yang dia dah pandai sebut. Bila perkataan ni bersambung entah bahasa apa jadinya dahhhh.. Kalau dalam kereta memang duduk dalam car seat sambil membebellah dia. Agaknya dia cerita kat rumah mama main apa, buat apa.. haha


*muka masham sebab ibu lambat bangun nak hantar g umah mama
sampai pintu umah mama dah tak moh pandang ibu.. tunggu sampai mama buka pintu.


Sekarang nurdina juga dah pandai menegur orang. Eh eh eh.. sambil dagu ke atas. Habis orang semua dia tegur lagi-lagi kalau dalam lif. Dia punya pandangan macam bak kata laki aku "tembus mata orang". tapi alhamdulilah anak aku ni murah senyuman macam ayah dia. 

Mudah aku rasa jaga anak aku ni. syukur sangat-sangat cuma time dia demam.. mang tak moh langsung berenggang dengan aku. Dengan ayah dia habis kene buli. Tak moh letak nak dukung je. Tapi kalau ada aku, demam-demam pon dia bergolek-golek sambil ketawa.


*demam-demam pon senyumm :)


syukur emas yang ku nanti dalam penantian yang panjang ini membesar dengan sebaiknya

(moga-moga ada rezeki juga kepada sahabat yang menanti.. sabar itu kunci kekuatan)
AMIN

You Might Also Like

0 Komen