Kenapalah Kau Gemuk Sangat Nicko

4:09 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Aku hari ni dok pergi kerja, abang aku yang ada kat umah aku tu dok pegi timbang budak nicko. katanya berat nicko dah 6.2 Kg. ajaib ni sebab aku rasa nicko tu 5.2 Kg. entah2 timbang aku tu rosak lagi.?? Tapi tak dinafikan budak nicko tu membesar macam mama dia juga. Sangat berjaya.


Kau tengok tangan dia berketul-ketul dengan jayanye.. bulu dia takdelah panjang mana tapi badan di pejal kus semangat. sekali lagi ku katakan seperti mamanye juga! hahaha. hobi utama dia membuta. kau tengoklah gaya dia membuta.. siap pegang kotak bagai.


Aku banyak jenis juga bagi dia ni makan. kejab royal canin kejab whiekies. dulu tuan lama dia bangi whieskies. masa dia aku beli, berat dia cuma 2.7kg sahaja ye. minum air masak sahaja kalau minum air mentah automatik tahi dia jadi lembik!!!


Nicko ni boleh tahan aktifnye. cuba kau ambil lidi bagi main, terlompat-lompat macam anak gajah lepas tu SEMPUT! Macam mama dia juga..kahkah


 Ramai tanya "kau bagi makan apa jadi gemuk gini" tereng..jawapannye blackwood. banyak-banyak makanan, ini paling-paling sesuai dan sesuai dengan harganya mengopakkan dompetku tapi macam papa dia cakap, "beli yang, jangan tukar-tukarkan makanan nanti sakit" Aku dulu beli dekat KUCING4SALE 6kg baru RM100. cukup sebulan. tapi sebab malas nak pergi sana ambik, aku terpaksa beli yang pack2 kecil ni. ada juga yang pek 6kg tu bezanya RM20 ualss. cekik darah kedai P15 tu haha.


kau tengok bekas makanan dia tu.. kecik je. dia yang membesau tak hengat.  nicko dah berjaya meromen si kopi aku rasa dah mengandung. sekarang dia target nicky. pehh gila bohjan anak aku seko ni! ni ada sekali aku snap dia lepak dengan papa dia sampai jilat-jilat bulu.. kecik je nampak kaki bapak dia. dia membeso melebih-lebih.


 satu perangai dia, tidurlah kat mana-mana pun janji terlena. cuba kau datang kat dia bawa kamera, kompom dia tak lari. lagi buat muka suruh ambik gambar. apa perangai aku tak tahulah. aku rasa menuras mak dia juga ni!


kalau dia boring, dia suka datang kat kita lepas tu meow sekali. kalau kita sahut dia terus baring. jangan suruh dia lari sebab dia punye semput jangan cakaplah. kesian. kesian.


cuba letak laptop dekat dia.. kompom jadi mangsa!


gemuk-gemuk...  romeo dah kau gemuk
yang ni tak macam papa kau hahaha

p/s: mama = aku, papa = laki aku. muahahahahahha.


You Might Also Like

5 Komen