Mengenang 2 Tahun

9:06 PG

Assalammualaikum W.B.T


2 tahun lepas, pada tarikh hari ini, aku tengah sibuk dekat rumah kat kampung. Sibuk bebeno sampai buat inai pun tak pekat. haha. sangat-sangat sibuk dan sesungguhnye aku rindu dengan suasana itu. Pejam celik pejam celik.. ini tahun kedua.. iyee. cepatnye masa berlalu. Nasib ada mentang ni ingatkan aku:

Semalam aku tanya dekat laki aku, mana hadiah aku. dia janji nak belikan aku barang kemas..muahaha bini mana yang tak suka emas.. lagi nama aku mas. mas.. mesti suka.. aku tanya nak sambut dekat mana.. dia cuma cakap "Sambut lambat sikit tak apa kan yang?"

Aku angguk je. sebab aku tahu kondisi dia. laki aku dah seminggu demam. asik tunjuk perut dia yang buncit sebab demam-demam tak boleh lapar sikit.. terus menjerit-jerit macam ketek. lepastu bila dah kenyang, asik mengaduh, "perut abang buncit yang.. "



Sejak demam, muka tak kemas..
tapi sekarang dah macam POPAYE sebab takde janggut.

semalam, aku merajuk dengan dia.. natijahnye. dia kene bawa aku pergi The Mines, makan pizza dan beli kasut MONOBO.. belum habis pusing, dia dah mengaduh kaki dia sakit. aku pulak ngade-ngade nak pergi DAISO. masuk dalam tak sampai 5 minit aku dah keluar sebab laki aku dah tak tahan.

Dia kata, kaki dia macam sengal-sengal. nak diri tak boleh macam merapuh.. sungguh dia tak boleh jalan sudahnya aku bawa dia pergi klinik. Kene enjet dekat buntot. kantoilah kat doktor yang buntot tu hitam hahaha. malam tadi pon duduk je atas sofa.. bila aku dah tertidur, dia turun tidur dekat lantai sebab kaki dia kebas. kesian aku tengok.. kesian-kesian aku pun, bila dah tidur dah tak ingat dah. tahu2 badminton dah habiss.. dia suruh aku masuk bilik.. kalau kurus mesti dah kene dukungkan?? fuh! terus rasa nak diet hari ni.

Esok, hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2.. hahah. dah dua tahun dah.. pantasnya masa berlalu.. aku tak minta apa-apa.. cuma aku harap, dia sihat macam selalu..

Aku pernah tanya dia, bila nak ada anak, dah 2 tahun kita kawen.. dia cakap " Kita dah ada 3 anak, pluss nak dapat cucu dah, apa nak dirisaukan." Bila aku tanya " tak nak ambik anak angkat ke??" dia cakap, "pandai ke aku nak jaga anak orang?'" betul juga. hahaha. kesimpulannya, biarlah dulu. ada rezeki tak kemana hehe

p/s: anak kucing aku si KOPI mengadung ualssss... kucing macam manusia juga bila dia mengandung, membutoo je kejenye. hehhe



Bila dia rasa dia mengandung ni, kejenye tidur dalam kotak aje. agakne dok praktis kot hahahahha. haritu aku ada ajar cara untuk meneran bila nak beranak nanti. harap-harap dia gunakan ilmu yang aku ajar sebaiknye hahahha.

You Might Also Like

1 Komen