Ohoiii Aku Kembali

5:57 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Jilaka punye pc opis, boleh kene virus pulak. lepas tu siICT tu tanya aku, ada buka web yang bebukan ke sampai kene Virus.. ohh! mana ada.. last aku buka email jabatan nak print Mr Kamal punye afidavit bagai tu..terus kuar minatang mintak pelempang ni:


Sian bos aku kene print sendiri. hahaha.. dia sebenarnya kerja dari rumah patutnye.. keje dengan laptop.. oleh sebab malas nak buka pc, dia send email dekat aku lepas tu menjerit dari dalam bilik... "Mas,....hang print dokumen.. " Tadi aku suruh dia send email dekat abg mus, suruh abg mus printkan muahahhaah. 

Orang ict geleng kepala sebab ni bukan antivirus yang diaorang bagi ni.. entahlah. Pc kat opis ni silalah tukar dengan jenama apple je.. tak mahal dah :P daripada korang bayar sebut harga mahal-mahal dekat 5 ribu sebijik pc cikai ni baik pakai apple. yedak?? lagi elok kalau belikan aku jenama samsung. memang jiwa aku. esbok samsung, hp samsung tv samsung.. i like!

Hidup tanpa pc membuatkan aku tersengut-sengut depan pc kau tahu tak.. nasib tak meleleh je air liur aku ni. Teringat peristiwa aku bantai tidur waktu tengahari kat opis lama. aku tidur dekat atas meja. tak sedar jam dah kul 2, sekali tu aku rasa terang je.. rupanya bos aku dah bukakan lampu tercegat depan pintu. Time tu air liur menjejes-jejes keluar...sempat lap pakai tangan.. Huh malu beb!.. dia nak suruh aku bayarkan kereta dia. masukkan cek dalam akaun bayar kereta dia. sabaujelah.. lepas peristiwa tu, aku takut-takut nak tidur dekat opis. hehehe. sekarang kalau ngantuk sangat aku pergi bilik en budiman yang cuti belajar tu.. tidur atas sofa selimut dengan tilam. hahaha.

Aku kalau tidur, ginilah gayanye:


Air liur jangan cakap lepas tu bibir pulak jadi macam ni: 

 
Sorry ualss.. google bibir munggil, keluar pulak si kila farry ni. sibuk je. tapi serius bibir aku memang automatik termunggil gini kalau aku tidur. laki aku cakap, boleh ambil gam lekatkan hidung dengan bibir. muahaha. cara-cara nak jadikan bibir munggil macam aku, suruh laki masing-masing ketuk kayu kat bibir ualss kompom jadi bibir macam aku hehehe (ahli keluarga aku baik laki perempuan semua bibir munggil... KOPI pun sama munggil hehe.)





You Might Also Like

0 Komen