Oh! Pembeli & Penjual BORONG ONLINE

2:23 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Lama dah aku nak buat entri ni tapi aku beri laluan kepada kemarahan aku kat NOODLE STATION semalam hahha. So aku gantikan entri ini pada hari ini. Sementara aku nak tunggu cerita hindustan dekat TV3 ni so aku taip dululah entri ni muauaua.

Aku nak cerita disebalik tabir peniaga online macam aku ni. tak banyak tapi aku rasa boleh aku kongsikan untuk korang. Ini berkaitan pembeli dan penjual. tapi bukan aku :)

1) PEMBELI BORONG
Sejak aku keluarkan banyak baju plusize dekat FB Pupel Liyana Shop, www.pupeliyanashop.com, wwww.pupeliyanashop.com.my, aku memang menjadi perhatian ramai pemilik online shop lain. aku gelarkan mereka pembeli sebab mereka berminat untuk membeli borong dengan aku kemudian berhasrat untuk menjual kepada orang lain.

Aku memang tidak dapat menjual secara borong walaupun aku berminat kerana kekangan stok. Untuk dapatkan stok plusize aku mendapat supplier yang SAPA CEPAT DIA DAPAT. dalam erti kata lain, sapa buat bayaran dulu..dia punya. Dan supplier aku ini sangat aku percayai dan berpuas hati dengan produk yang dia keluarkan. ramai customer aku memberi maklumbalas yang bagus untuk barang yang aku jual.

Masalah pada pembeli tadi ialah, memaksa aku menjual kepada dia, dengan harga yang dia sendiri tentukan? Ada sendikit masalah bagi aku dekat situ. Sebagai seorang pembeli haruslah menghormati harga yang kita letak, dan kalau betul-betul berminat, boleh tanya sama ada boleh beri diskaun atau tak.

Serius aku sebagai seorang penjual, aku selalu bagi diskaun sebab kadang-kadang pembeli beli banyak, aku puas hati kalau dapat jual banyak.. apa salah aku bagi diskaun. pembeli suka aku pun suka. nanti-nanti mereka pasti akan kembali beli kat kita balik bahkan aku dah ada pembeli setia. setiap baju yang aku keluarkan dia pasti orang pertama PM nak beli. bila dah biasa, kita dah percaya..dia percaya kita memberi kepuasan pada kita juga.

2) PENJUAL BORONG
Tak dinafikan, memang ada penjual yang cari aku nak tolak barang secara borong. Aku suka tu atlist aku tahu sapa yang boleh aku cari kalau aku memerlukan satu barang. Tapi penjual ini sangat mendukacitakan bila memaksa aku membeli barangan dia. dahlah pm kita dengan ayat yang mak aiii kereknye dan tidak sopan. 

Memaksa pembeli beli barang adalah tidak baik ye kawan-kawan. Aku terus tak balas tapi dia bagi ayat suruh aku balas, last-last aku balas dan kata tak berminat.Tengok? baik-baik kita nak fikir, terus tak nak fikir hahahhaa. 

Jadi peniaga online ni susah ye kawan-kawan tapi kalau ada usaha tak kemana. nasihat aku pada yang baru-baru mula nak jadi peniaga online. Please:

1) Daftar Perniagaan Anda
2) Jual barang yang berkualiti
3) Jangan menipu
4) Jangan main harga (maksud aku, kau jual bedak arab.. harga pasaran RM68 (CONTOH), kau jual RM30 ( dengan harapan tak untung tak apa, janji laku) sebab itu cuma membuatkan berlakunya perang harga dan kerugian sahaja (kecuali kau beri diskaun berkala)
5) Sentiasa sabar-sabar-sabar-sabar dengan kerenah pembeli.

Sekian 

You Might Also Like

1 Komen