Mak Aku Datang.

8:40 PG

Assalammualaikum W.B.T


Berikutan dari kes abang aku putus tunang tu, diorang mai lah hari khamis malam tu. tibe-tibe dia sms, OTW nak datang umah aku.. aku ok je...cuma hari jumaat tu aku kerjalah macam biasa kan? lama juga diorang dekat sini sampai ahad. abang aku tu macam malas nak balik tapi mak aku dah bunyi risau dekat kucing dia, itik dia, ayam dia, arnab dia. biasalah.. orang tua. paling dia risau dengan kucing dia si Eveready dan anaknye. Nama kucing dia tak menahan. nak buat macam mana, dua-dua hitam legam.

Hari jumaat tu ramailah dekat rumah aku, abang aku yang dari kajang pun datang. petang tu abang aku ajak tukar sport rim baru. Amboi-amboi mentang-mentang baru putus tunang semua dia beli. hahaha. bukan apa, dia kecewa sangat sampai memang kompom tak akan tarik balik kata-kata dia tu. 

Hari sabtu pulak aku bawa mak aku pergi buat kad pengenalan sebab hari jumaat haritu mak aku pergi keluarkan duit dekat Maybank, sibuk orang maybank suruh buat ic baru sebab cip ic mak aku tu tak boleh baca dah. Nasib JPN putrajaya buka sabtu ahad je. sabtu buat ahad siap sebab depa buka 9 pagi-2petang je so kenelah ambil hari ahad. tapi memang super cepat. mak aku kata kalau kat kampung kene tunggu 3 bulan. ayoyo lamanye..

Masa mak aku datang, takde bawa dia kemanapun. lagi kereta aku habis roadtax..hari ni kot baru orang MyEG datang hantar.. laki aku lambat pulak renewnye.. dia demam je katanya malas nak buat. tapi aku paksa juga sebab dah habis apa-apahal susah..

Tapi aku sempat juga bawa mak aku pergi umah abang aku kat kajang tu, bawa pergi tengok ikan dekat Taman Botani, pergi tengok empangan dekat empangan depan PICC tu.. tu tempat kesukaan abang aku tu. suka tengok air bergerak laju muahahha.. sanggup turun sampai kebawah..

Bila diorang dah balik..alamak sunyi rumah aku hahaha.. abang aku yang duduk dengan aku pulak balik terengganu jumpa bini dia..so aku berdua laki bini dengan 3 ekor anak bulus jela.. 



p/s: malam tadi aku tidur depan tv, nicko main lari-lari atas badan aku. sudahnye dapatlah kesan-kesan cakauan yang menarik hati.. sampai hati kau nicko!!!

You Might Also Like

0 Komen