Jom Deko Hp Case!!

9:05 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Lama aku tak update blog gara-gara sakit, banyak koje dan lain-lain. ahha saja je.. dah lama aku bengang dengan diari hp case aku tu.. diari dia dah macam apa dah. jenuh ajak laki aku beli benda memblig-bligkan hp case tu. udahnye hampa. biasalah orang laki-laki mana suka benda macam ni. laki aku cakap aku ni otak bebudak. minat benda yang budak-budak minat. aku tak kira nak DIY juga sebab diari case aku tu ori mercury. 


Setelah puas ku fikirkan, akhirnya aku ambik button yang banyak-banyak tu, tampal pakai gam buat bunga.hahha jadilah macam ni. berat tapi lawa kan. haha perasan sendiri. 


jimat duit aku (p/s: padahal aku order case baru tapi tak sampai-sampai lagi (beli dari china), pulak aku ni memang hantu hp case. kalau pergi jalan-jalan, aku mintak case hp je dengan laki aku. menda lain tak nak. huhuhu. 

so kawan-kawan kalau nak hadiahkan aku sempena hari aku lahir ke, hari kucing aku beranak ke, hadiahkan hp case tau! tapi kalau hari aku beranak, agak-agak3lah beli benda yang bersesuaian ye hahah. sekian!

You Might Also Like

3 Komen