Putus Tunang

9:12 PG

Assalammualaikum W.B.T

Semalam aku dikejutkan sms dari abang aku yang baru bertunang bulan 12 haritu.. katanya nak putus. nekad betul dia nak putus. sampai nages2 situnang tu datang jumpa akak aku mengisahkan perihal putus tu.

Aku tanya abang aku...kenapa? majlis lagi berapa bulan je. (Plan kawen bulan 8). Lagi 5 bulan kot. bunga telor pun mak aku dah buat, banyak benda dah buat. tapi bila aku dengar apa yang abang aku cerita aku membuat kesimpulan.Lelaki jangan dicabar dan kesabaran ada hadnya.

Bila dah tunang ni, JUJUR, SETIA sangat penting. Dulu aku pun sama, jahat sebelum tunang.. kawan sana kawan sini tapi aku cakap dalam hati, bila aku dah TUNANG, itu bermakna aku dah serius untuk kearah seterusnya iaitu PERKAHWINAN so aku tetapkan hati. Kawan-kawan lelaki semua aku ketepikan. aku bagi tumpuan pada tunang aku yang comel tu..

Bila masing-masing setia, jujur pulak, kene ingat, dugaan masa bertunang ni tetap ada. macam aku, dugaan tu datang dari keluarga dan kewangan pulak. Tapi alhamdulilah kalau niat kita baik, nak dirikan masjid kan, pasti mendapat balasan yang baik dan alhamdulilah semuanya dapat diselesaikan.

Dalam kes abang aku ni, dia berkenalan tak berapa lama dengan perempuan tu. kenal-kenal terus belah sana ajak tunang. Abang aku pernah SMS aku cakap yang dia macam berat hati nak tunang dengan budak tu kerana beberapa sebab.

Tapi aku pernah cakap dengan dia, kalau pasangan kita macam mana sekalipun. waktu dah kawin nanti dia adalah suami dan berhak untuk mencorakkan bagaimana isteri dia nanti.Aku ingat masa tu dia tak jadi tunang, rupanya tunang juga.

Sekarang, timbul satu isu dimana situnang dia ni tak berterus-terang. Abang aku ni jenis tak suka ditipu dan ini pertama kali dia bercinta sampai bertunang. Dia tak pernah ada makwe kalau korang nak tahu.

Abang aku pulak jenis kerja hari-hari.. dia jaga mak aku. so banyak keputusan dia yang aku nampak dia banyak memikirkan perihal mak aku. tapi dia cakap dengan aku hati dia dah tawar dengan tunang dia tu. Mak aku pun sama so dia buat keputusan untuk putus tunang. tapi aku nampak abang aku memang tak nampak ready untuk berkawin. bukan dari segi duit tak ada atau apa, tapi macam ada sesuatu.

Dia pernah cakap dengan aku, dia nak cari isteri yang boleh bantu dia meniaga, bantu jaga mak. Yelah mak dah tua, tak kan nak cari bini yang menghambakan mak pulak. Dia pulak bukan jenis suka enjoy.. dapat duit sana enjoy dapat duit sini enjoy itu bukan dia, dan dia nampak benda tu ada pada diri tunang dia yang dia tak boleh nak ikut.

Tunang dia datang dekat akak aku semalam mengadu-ngadu yang abang aku tu nak putus sebab dia tak kerja. Bukan pasal tu, abang aku balik dari JB sebab setiap 4 bulan sekali dia kene pergi pakar kulit kat Hospital Sultanah Aminah tu.. hati dia tergerak nak singgah tempat tunang dia kerja sebab kalau ikut kata tunang dia, hari-hari kerja.. sampai malam.

Tup-tup sampai tunang dia dah 4 hari tak kerja.. tokey kedai tempat dia kerja yang bagitahu. So abang aku rasa ditipu. Bagi abang aku, nak kawen hari dah dekat..kerja tak mahu, mana nak dapat duit nak buat majlis. Takkan nak mengharapkan dia 100%.

Dan abang aku juga rasa, perempuan tu cuma nak dekat dia kerana dia berduit je. Aku harap abang aku dapat selesaikan masalah ni baik-baik. Bila fikir balik kesian juga sebab dah tak berapa lama lagi. Tapi bagi aku kalau dah takde jodoh nak buat macam mana. Alang dah kawen pon boleh cerai.. Dan abang aku pernah cakap dia tak boleh blah bila dia dating, tunang dia tu tap tup tap tup sms sapa tak tahu. ha....


p/s: nasib baik masa tunang tu aku gaduh macam mana pun laki aku senyum je hahhaa... kalau ikutkan lelaki lain aku rasa dah blah. tapi bila dah kawen, terbalik pulak. AMBIK KAU! KARMA hahahha

You Might Also Like

8 Komen