Hantu Kapcai

10:32 PG

Assalammualaikum W.B.T
Malam tadi pupel sempat pergi tengok wayang Hantu Kapcai dengan en suami. Keluar-keluar terus tengok. Saja je sebab lama dah tak tengok wayang berbayar.Selama ni banyak dapat tiket free je. Saja layan kepala penat bekerja (ceh! penat sangat)
Kelakar cerita hantu kapcai ni. kehkeh. Tapi aku rasa ada la bab mengarut dia sebab tu filem ni 18 tahun ke atas je. Kang bebudak tengok konfius pulak. Tapi apa boleh cakap, filem ni ada keistimewaan dia tersendiri biarpun part ending dia macam mengarut je haha.
Sinopsis:
Hantu kapcai ni mengisahkan Ajib yang mati kerana berlumba. Sebenarnya ajib dalam game dengan greng. Si Tiger ni main jahat. dia pergi simbah minyak hitam dekat jalan. so ajib jatuh.. bila dia bangun nak kejar greng, dia terpijak kulit pisang yang tiger buang dan jatuh. Mati.
Pastu selama 40 hari roh dia berlegar2 dekat bumi ni kan. Yang boleh nampak dia cuma si ibrahim je.. So ajib ni mintak tolong dekat ibrahim bagitahu dekat adik dia si akim untuk mintak maaf dekat si tiger sebab haritu masa diorang lumba, ajib mati so kira greng menang membuatkan ajib berhutang dengan tiger 10k.
Tapi si tiger nak akim lumba baru dia maafkan kalau akim menang. tapi masa nak lumba, polis tangkap.. dah semua masuk penjara. Pastu yang jamin bapak si tiger, YB Mansor. so YB pulak buka game secara halal dan tawarkan hadiah 10k. Si akim nak masuk sebab nak dapatkan 10k tu disamping tiger cabar kalau akim menang, tiger maafkan si ajib tapi kalau kalah tiger nak moto lama milik arwah ayah ajib+akim tu.
Macam tu la cerita dia haha. aku malas nak cerita satu-satu korang bukan suka tengok cerita melayu pon.
Apapun layan la. cerita ni kelakar je. part mengarut pejam matalah. tapi ada gak part best. tak tengok tak tahu kihkih. tapi aku kagum cerita ni bab gambar dia.. ce tengok lah sendiri hehe

You Might Also Like

1 Komen