Nicky Demam?

8:40 PG

 

Malam tadi mata pupel tak dapat lelap sebab sakit perut cirit birit membawa ke siang ni. tapi tetap pergi kerja juga sebab malas nak mc/cuti bagai. Malam tadi juga pupel dok menjaga nicky yang nampak kurang aktif. badan dia macam agak panas dari biasa. Pupel jadi doktor tak bertauliah bila kene jaga nicky satu malam sampai tak tidur. Bukan apa, pengajaran kehilangan puteh sangat membuatkan pupel berhati-hati kali ni.


Nicky.

Nicky ni masa mula-mula sampai, memang telah diberitahu yang dia ni kuat tidur. Tapi dia ni kuat juga mainnya. Pantang nampak benda bergerak, dia nombor satu. Tapi ada satu hari tu, nicky berak sempelet. Terkena bulu dia. Jadi pupel bersihkan. Esoknya pagi-pagi pupel mandikan sebab masih tak bersih-bersih juga. Dah semalam badan dia panas semacam. Pupel tak bagitahu pulak kat papa dia yang mungkin pupel mandikan tu punca dia demam.

Hari ni papa dia dah pesan suruh bawa dia pergi klinik. Disaat-saat duit non hado (lagi 8 hari nak gaji) memanglah berat. Tapi tak apalah yang penting kesihatan nicky. Harap-harap nicky ok lepas ni. Demam-demam pun nicky tetap kuat makan dan minum macam biasa :)

p/s: Doakan kesihatan nicky ye..

You Might Also Like

0 Komen