Percubaan Pavlova Kali Ke Dua

10:37 PG

 

Ingat haritu pupel ada cerita pasal pupel buat pavlova tapi tak berapa menjadik sebab salah bekas tu. muahahhaa. aku tak putus asa kot. malam tadi buat lagi. Saja suka-suka buat sebab dah memang perangai aku kalau minat satu benda tu buat bersungguh2 tapi time tu je. kadang-kadang 1/2jalan. tapi nak tengok hasil punye pasal, buat lagi juga. sebab hari ni ada jamuan kat opis. Konon-konon nak lah bawa bagi kawan-kawan makan tapi konfiden tak ada. redha je apa orang nak kata. try-try kan. i bukan pro pun. Nasib baik kak Pujiedepom pernah buat. memang banyak le aku tanya hahaha.

Pavlova aku malam tadi 2 adunan tak menjadi. geram pulak. yang 1st tu melembik sebab lambat tunggu yang 1st bakar. yelah oven kecil, dapat muat 12 keping je kalau buat kecil2. dah melembik. kemudian aku fikir satu idea, time nak bakar yang seterusnya aku pukul balik baru pam guna paiping lepas tu bakar dua loyang sekali. haha aku memang suka bab menderhaka pada resepi ni (resepi asal diSINI). sebenarnya aku ni takde bakat nak jadi tukang masak ke, baker ke, mahupun cake bos hahaha.

Tanpa rasa mengalah, dapat juga aku siapkan 60 biji untuk bawa pergi opis. Ada lah lebih 8 ketul aku bagi abang aku makan sebab pagi-pagi sebelum pergi kerja dia dan isteri dia sampai. Nindia hasilnye..

Suka betul aku bila paping benda ni. comel pulak. masa ni aku kedekut buah. lepas tu aku tala banyak-banyak sebab buah banyak lagi.yang tak leh blah, aku buat kecil dari apa aku rancang. memula kau nak buat besar cawan kertas tu tapi sekali bakar dapat 8 ketul je, aku malas nak tunggu lama-lama. Menda ni sekali bakar 1 jam juga. aku kurangkan masa daripada resepi sebenar sebab benda ni aku buat kecil-kecil je. Bukan apa, aku ada pengalaman pavlova aku jadi negro gara-gara hangus. so inilah jadinya.

Satu lagi yang aku baru tahu, upanya jangan paip dulu cream dia yang atas tu... ceh aku g paip malam tadi sebab pagi2 tak kuasa aku nak bangun tidur terus paip dan susun buah. upenye mengelembikla pulak pavlova aku ni ha. nasib baik ada orang puji sedap walaupun lembik.

malam tadi aku lupa nak buat pavlova ni penuh dengan kasih sayang sebab sibuk dengan kopi yang merajuk tak mahu makan. risau pulak aku tengok dak kopi ni. Jadi kenelah aku gorengkan dia ayam dan tumbuk halus2 baru dia nak makan. sian anak mama ni. ada sapa-sapa nak bagi kopi pakwe tak?? kopi cantik tau.

You Might Also Like

4 Komen