Apa Kata Wanita

10:16 PTG






Bagi penonton setia  Program Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1 yang bersiaran setiap hari Ahad Jam 3.00 Petang dan siaran ulangan pada Jumaat, Jam 1 Tengahari di TV2 mesti tahu kan dengan segmen  "Blog Pilihan"  dimana segmen ini memaparkan blog pilihan yang berkaitan dengan wanita masa kini penuh dengan manfaatnya.

Alhamdulilah, tiada pupel sangka kerana blog tidak seberapa pupel ini bakal menghiasi segmen ini insyaallah pada 16 September 2012 (Ahad) jam 3 ptg TV1 & Ulangan 21 September 2012 jam 1 tghari TV2Tiada pupel sangka pupel bakal mengikut jejak rakan-rakan blogger yang lain seperti Pink Ummi dan Intan Berlian

Bagi anda yang ingin mengetahui sebarang perkembangan mengenai Program ini, apa kata anda terus ke Facebook ApaKataWanitaZamzarina untuk maklumat lanjut. Selain itu, jangan lupa kunjungi blog ZAMZARINAZAMBRI yang penuh dengan infomasi yang bermanfaat untuk kita sebagai seorang wanita selain daripada perkongsian isu semasa. 






Untuk anda yang berminat untuk blognya terpilih untuk menghiasi segmen ""Blog Pilihan" dalam Program Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1 iniapa kata emailkan penyertaan anda kepada wartawan bagi segmen ini di sqina@yahoo.com. Mana tahu ada rezeki :) 

Apapun jangan lupa untuk menonton Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina. Jangan lupa juga untuk menonton pada 16 September 2012 (Ahad) jam 3 ptg TV1 & Ulangan 21 September 2012 jam 1 tghari TV2, boleh ushar blog pupel disana :) Untuk team Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina Segmen   "Blog Pilihan" , terima kasih daun keladi kerana memberi peluang untuk blog tidak seberapa ini menghiasi segmen anda. Semoga maju jaya:)


You Might Also Like

2 Komen