Hoyehhh Anak Bulus Dah Vaksin

8:33 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Lega hati pupel hari ni sebab akhirnya dapat gak bawa anak bulus pergi vaksin sampai rasa nak patah tangan dibuatnye. aishhhhhhhhhhhhhhh. berat rupanya anak bulu haku ni ha.. tak sempat pulak nak ambil gambar mereka kat klinik Tanya Sama Vet tadi. Punye bagus anak bulus semua sampai sana semua sopan.. Kecur hati mama tengok kopi langsung tak berdecittt. Nicky dan Nicko biasalah baik je. Diam je dia..

Tadi pupel vaksin + siap ubat kutu bagai. Si nicko ada fungus pulak. haiya.. memang dah perasan dah ingatkan dia luka biasa je. rupanya funguslah hai. dah kene sapu ubat hijau. tapi pupel takut lah, dia macam jilat kat bahagian pupel sapu ubat tu. hailah....harap-harap takdelah apa-apa


Nampak tak kat bulatan tu. punye susah aku nak ambil gambar sampai kene umpan dengan sikat. hahaha. Budak-budak ni semua berat naik belaka. Haritu sinicky demam, berat dia cuma 1.5kg je. tapi hari ni dah tambah 200grm.menjadikan 1.7Kg. alhamdulilah. baik berat dia dan dia pun dah kuat makan macam selalu. Si nicko punye berat. 2.5Kg dah nak dekat si kopi 2.7Kg. patutlah patah pinggang mama bawa dia pergi klinik tadi. sakit tangan aku hehe.


hoyeh!! dah ada kad vaksin dah. suke pulak aku. suka macam mereka ni ada kad pengenalan pulak. bukan apa dulu masa pupel kecik-kecik, suka betul buatkan kad pengenalan untuk kucing-kucing yang pupel bela dulu hahahaha. siap main doktor-doktor check kucing sakit. nak buat macam mana, tak pandai..kalau tak, dah jadi doktor kucing hahahha.


Kos vaksin + cacing + kutu, kira satu setlah seko RM50. Cuma nicko je kene RM60 sebab doktor bagi ubat fungus kan. Kalau tade kutu takde apa-apa masalah cuma RM30 je.. Tapi pupel suka pergi klinik  Tanya Sama Vet  sebab ada misi rizal yang kalau kita tanya apa je, dia mesti jawap punye. layanan diorang pun tiptop. Sebelum ni ada juga pergi klinik lain tapi diorang jenis diam, tak banyak berkomunikasi dengan kita sebagai tuan kucing. Yelah kita kadang-kadang nak tahu juga serba sedikit kan.

Pupel sempat gak beli pasir kucing untuk anak bulus dekat sana. Diorang jual 20kg RM40. Ada simpan dalam kereta tak larat aku nak bawa haiiiii..... akhir kata mehlah kita tengok aksi nicko, nicky dan kopi membuta. tidur makan berak main tu lah kerja korang kan. hahaha


lokasi : atas meja tv Happytv


lokasi : dapur


lokasi : bawah meja iron baju
prop: baju tidur aku ditarik sekali pulak dah..


You Might Also Like

1 Komen