Rezeki Pagi Khamis Kot Haha

8:27 PG

 


Lama sudah pupel tak mengejar contest mana-mana erk. Sekarang contest/ga kat blog memang tak join dah sebab banyak je menang tapi banyak juga tak dapat-dapat hadiah sejak tahun 2010 lagi haha. takpelah halal.. tapi sebenarnya komitmen nak join tu takde sangat sekarang oooi. bz memanjang aku dengan anak bulus aku lagi si kopi tu sekarang asik meow-meow je malam-malam. Rasanya semangat nak kawen dia dah datang plus rindu dengan si arwah puteh... ok sambung balik, tapi kalau setakat contest dalam facebook rajin juga pupel joinnya dan terbaru pupel join contest dari Oh! Media yang boleh menang Tshirt Oh! Media . itu aku suka sebab TShirt tu bila kita pakai, rasa kembang semangkuk pulak.


Dan ni keputusan contest tersebut:



Alhamdulilah. Ni kali kedua pupel join contest dari Oh! Media  ni, kali kedua juga menang Tshirt.
Pupel cari juga komen pupel untuk contest ni tapi tak jumpe lak hahahaa.

p/s: baju tu aku claim XL biar en suami jeles hahahaha
dia pantang kalau aku menang tshirt..dia nak juga..
boleh kata semua tshirt yang aku menang size2 dia juga hahaha

You Might Also Like

3 Komen