Welcome Nicky Chalow & Nicko Chalow :)

10:16 PG

 

Semalam pupel dan suami pergi ambil kucing baru. Agak magrib juga la sebab orang yang jual tu suruh ambik dekat dataran merdeka dia dari Kelana Jaya tapi nak suruh ambil kat sana,so kami pun pergi jelah.. Jem punye pasal dekat kul 7.30 juga nak sampai. Kat sana kami tunggu lagi dalam 10 minit gitu sebab tak pasti orang tu tunggu mana.

Masa orang tu sampai, dia pun datang berdua tak pasti isteri ke apa. dia cakap kucing yang kami beli ni milik kakak dia yang memang ada baka kat rumah. so anak-anak memang dia bela untuk dijual pada peminat kucing. Masa ambil tu cuaca dah gelap. tak nampak pon bulu mereka. bila dah bawa balik umah. mak aii comelnye plus bulu lembut dan bau sangat wangi. Kondisi kucing sangat tiptop orang kata. Memang bagus tuan lama dia jaga tau.

Tuan lama siap bagi wasiat dekat pupel. jom baca:


Suzie dan Samy tapi telah pupel tukar nama dia kepada Nicky dan Nicko Chalow. Chalow tu sebenarnya nama  yang en suami nak bagi kepada si kucing betina yang nama asal dia suzie sebab c-lo (ejaan yang en suami buat) bermaksud CeLOreng. Kalau tengok muka dia bebetul kan ada bulu grey macam celoreng askar kan?


tapi pupel ubah ejaan jadi Chalow baru mantap.. lepas tu pupel tengok si nicko ni pon ada celoreng dia. tapi celoreng dia ala-ala zorro. tapi zorro hitam kat mata, Nicko puteh dekat hidung. plus bawah mulut dia tu hitam. comel ualls. 

Nicko sampai je punye manja-manja kucing. asik nak berkepit dengan pupel plus tidur malam tadi pun tidur dekat tepi muka pupel uals. Senang si nicko ni nak tidur. letak je atas tilam ke katil ke sofa ke, janji dia selesa mata pun lelap. hahaha. Gambar si nicky pupel tak dapat tangkap sebab si nicky ni betina. tapi mak datok haii...punye aktiv. dia manjat sana manjat sini. perangai persis kopi.

Ha cakap pasal kopi, semalam kopi jadi malu-malu garang bila nampak budak baru berdua ni. asik nak berdesir je.. selalu jumpe mahkluk lebih besar dari dia, dia main tampar2 je..sekarang jumpe mahkluk lebih kecil dia jadi takut dan garang pulak. Harap-harap kopi boleh terima kawan baru dia ni. Bukan apa, pupel beli nicko dan nicky ni untuk buat kawan kat kopi juga plus nak buat baka sebab dah alang-alang beli sepasang hehe.

p/s: sedap tak nama i bagi tu. hahaha saja nak letak nama senang sebut dan ingat. tapi en suami asik sasul panggil si nicky dengan nama puteh je. pupel marah betul sebab bagi pupel, puteh hanya satu. :(

You Might Also Like

2 Komen