Kopi

9:43 PG

 

Dah lama pupel tak cerita pasal kopi kan. sejak si puteh mati, pupel kesian tengok kopi..

Now, kopi asik meow-meow. kesian ok. suruh makan pun susah. sampai ketahap kene suap ataupun makan duduk atas kerusi. Papa dia tak marah sebab kesian dah tak ada kawan. kalau dulu memang stok kene marah sebab kopi ni nakal mak datok. sejak puteh dan takde dan milo duduk kampung, kopi jadi slow sangat. makan pun sekaang nak kene teman. Semalam pupel balik umah tengahari, dia dah meow-meow dari luar dah dengar suara dia.


Dulu pupel bagi dia duduk dekat balkoni ampaian kain tapi sejak puteh mati dan pupel tak sempat nak cuci lagi bahagian tu, pupel terpaksa tutup pintu dan biarkan dia main dalam umah. Bila dia dah tinggal sekor memang jadi tak aktif. kerjanya tidur 24jam tapi bila pupel balik kerumah lepas kerja or tengahari, pupel akan main dengan dia.

Kopi ni kesukaan dia main dengan plastik. Nampak plastik je dia akan masuk. kadang-kadang nampak bahaya sebab boleh tak bernafas dibuatnya. so pupel kene pastikan takde plastik yang bersepah sebelum pergi kerja. Akan bagi dia main bila pupel ada je.

Dulu pupel ada belikan bola dan teddy bear tapi dia buat main sampai hilang 3 biji bola plus teddy bear tu. Paling dasyat bila dia curi pad pupel dan buat main sampai tertidur. tak tahu mana dia dapat. pandai lak dia cari. rasanya masa tu pupel lupa tutup pintu almari sebelum pergi kerja so dia masuk dan jumpa benda tu.

satu peel kopi yang memang tak boleh nak handle ialah suka duduk depan pintu bila kita masuk dalam bilik air. dia akan menjerit kalau kita tutup pintu tu rapat-rapat. setiap pagi pupel akan masuk bilik air, gosok gigi dan basuh muka dulu. tak tutup pintu bagi dia masuk round bilik air. lepas tu dia akan keluar dan duduk depan pintu bilik air tu. jangan tutup rapat time mandi sebab dia kan meow-meow marah-marah. so kene regangkan sikit pintu bagi dia nampak kita. itu peel kopi sejak dari kecil lagi. dulu dia ada peel suka lepak dekat laptop tapi sekarang dah kurang.

dulu, mana ada laptop
situ ada kopi




sampai tertidur depan laptop


kopi suka dengan tingkap. tingkap jangan bagi terbuka. dia akan terjun. pernah sekali dia terjun tingkap. hampir nak jatuh tapi pupel sempat tarik dan selamatkan dia. memang degil tapi dari kecil, memang tingkap port dia membuta. dah besar ni kurang sikit tapi dia suka duduk atas sofa yang menghala ke arah tingkap dan tengok pemandangan.

dekat tingkap dia selamba main lompat2 ke hapa


suka gambar ni sebab kopi pandang kamera
kecik lagi dia time ni kan :)


peel dia lagi satu, suka teman pupel masak. ini peel dia sama dengan puteh. gambar dibawah pupel ambil masa pupel kat dapur tengah masak. dia berdua akan tunggu sampai siap. sekarang hanya tinggal kopi je yang sabar tunggu pupel masak. sian kopi mama takde kawan.



kopi juga suka tengok tv. jangan kata manusia je pandai tengok tv. haiwan pun sama tau. dia suka tengok benda bergerak dekat tv tu lebih-lebih lagi kartun dan bola sepak. kalau dulu dia baik je duduk depan tv macam ni:


port dia tetap sebelah laptop

tapi sekarang dia dah pandai naik atas dan cakar-cakar tv. dia nak capai apa yang bergerak tapi dalam masa yang sama kuku dia kuar. habis calau tv papa dia. papa dia tak marah tapi ambil terus peluk tak bagi dia pergi dekat tv. kalau dulu marah. sejak dah tak ada kawan, papa tak berani marah. sayang membuak2. haha. Kopi suka tidur terlentang tau uals. kalau dia tidur mengiring, dia akan pastikan tangan kaki dia kene dekat muka kita/dinding atau apa2 je yang boleh disentuh. tapi selalunya muka pupel jadi mangsa dia.

semoga anak bulus pupel ni taklah muram durja selalu sejak puteh takde. sian hai pupel tengok. nak cari kawan dia tapi pupel takut lah. takut jadi macam puteh, pupel rasa serik sangat-sangat. sebelum habis entri ni, nak satu gambar Ociba SEPUTEH Susu - Dalam Kenangan.



You Might Also Like

1 Komen