Steamboat Time:)

9:44 PTG



Malam-malam gini sedapkan kalau makan panas-panas. Lagi-lagi kalau kita duduk kat korea ke, china ke? tapi sebab duduk kat malaysia, aura sejuk-sejuk tu takdelah melainkan bakal kepanasan kalau kedai yang kita makan tu tade kipas. hahaha. merepek sudah. ok pupel nak cerita tadi pupel pergi makan dekat kedai Steamboat di pekan dengkil berdekatan dengan rumah kami. Since pupel duduk presint 5, pupel lebih suka ke dengkil kalau nak pergi beli barang ke, dobi ke, bank ke..

Cerita pasal kedai steamboat tu, nama dia ialah Restoran Jentayu Steamboat & Grill, Dengkil. Dekat je kalau dari presint 5 ni lebih kurang 10 minit macam tulah. Berhampiran dengan KFC Dengkil. Masuk bahagian dalam tu, dekat dengan SAKAN. Harga dia RM17.90 untuk dewasa. Kanak-kanak tak pasti pulak. Harga dia cukup murah tapi pupel tak pasti harga dia ni harga promosi atau sampai bila-bila sebab rata-rata steamboat kawasan putrajaya/bangi ni kus semangat mahal dia.

Makanan dekat restoran jentayu ni fresh-fresh. Air pun banyak jenis. Air panas dan sejuk pun ada. Aiskrim sedap hahaha. Sup ada dua pilihan tomyam atau sup biasa cuma tak leh mintak dua jenis sup dalam 1 masa lah sebab dia punya mangkuk steamboat tu boleh letak 1 kuah je. lain-lain ok. Nasi goreng dan mee hoon goreng pun ada. nasi goreng dia sedap juga.

Haii panjang dah membebel. Ni le gambar yang sempat pupel ambil tadi. perut dah kenyang tak ingat apa dah hahaha.


Hubby dah tak larat nak makan lagi
kekenyangan hehe


tembamnye aku.. lariks..

Buat sapa-sapa yang dekat dengan Restoran Jentayu ni, meh la mai.. Rasanya owner restoren ni orang Jabatan Audit Negara juga..eh pupel ex audit lah hahaha.

You Might Also Like

5 Komen