Ujian Kesuburan

6:03 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Atas cadangan dan saranan kawan-kawan, akhirnya pupel beranikan diri juga untuk pergi buat ujian kesuburan di klinik disamping sekarang ni pupel dah start makan asid folic semula. Tapi nak cerita pasal pergi ujian kesuburan dekat klinik tadi. Amboi aku check in g klinik sampai ada yang ucap tahniah ingat i dah mengandung lah tu hahaha.



Belum lagi ohoiiii. Ni ha baru terkedek-kedek nak buat ujian kesuburan. Mana tahu ada masalah ke apa. benda dalam ni kita tak tahu ye tak. kenelah buat.. sesampai sana kene pergi kuanter pendaftaran. orang pertama aku kat kaunter tu. Pastu kene g triage pulak. Dah tu dapat no 4456. Lawa juga nombor ni tapi tak naik-naik nombor ni. Kalau no sport toto konfirm tak menang kalau korang beli hahaa. (p/s: DOSA!!).



Dah lama tak pergi klinik presint 9 ni. selalu pergi presint 3 tak pon klinik swasta je. Kalau demam, cirit birit dan magrain (penyakit biasa aku la tu), selalu pergi klinik kat dengkil tu je. dekat. hehehe. Lepas masuk bilik doktor tu, dia bagi 4 helai borang ujian makmal. Kene ambil darah la tu. tapi borang tu 1 untuk hari ke 1-4 period, satu lagi untuk hari ke 21 lepas period, satu lagi untuk fibroid dan satu lagi untuk en suami. 



comel betul model borang aku ni.
comelll.. tapi muka garang semacam

Tiga-tiga tu aku punye tu kenelah buat ikut masa yang dia cakap. Tapi aku sikit punye confius terus aku balik, Aish letih aku nak faham kenapa dia bagi 4 helai borang tu. Setelah open meja dengan kakak pieja dan anne, baru aku faham. Haha, maceh kakak2 berdua. 

So, lepas ni aku akan main kira-kira hari period hahahhaa. doktor cakap keputusan keluar dua bulan. dua bulan pun dua bulan la, janji hati aku puas tahu keputusan ye tak. hahha.

You Might Also Like

7 Komen