Mimpi Mengandung

9:00 PG

 


Malam tadi aku mimpi aku mengandung. Tiba-tiba aku rasa sedih sebab sejak aku kawen, aku akan mimpi aku mengandung tiap-tiap bulan dan keesokannya iaitu bagun tidur mesti aku period. Tiba-tiba malam tadi aku mimpi aku mengandung. Fobia pulak aku rasa.



Dalam mimpi aku tu aku tahu aku mengandung tapi aku tak tahu siapa ayah kepada budak ni. Situasinya waktu tu aku tak kenal pokya (en suami) dan aku tak kawen lagi. Macam zaman-zaman sekolah gitu sebab dalam mimpi tu aku jumpe exboyfriend aku masa aku tingkatan 4. Tapi dia tak nak jumpe aku.  Exboyfriend aku ni hensem orangnya. Putih melepak mak datuk tapi aku lupa sapa nama dia. hahaha gile teruk aku ni.

Aku putus ngan dia pun sebab aku yang dok senyap. Masa tu aku takde hati sangat nak bercinta sebab masih terkenang-kenang boyfriend masa tingkatan 3. Ceh! menyampah cerita pasal cinta monyet ni.

Sambung balik pasal mimpi tu, aku menagish-nagish cari sapa bapak kepada budak yang aku kandung sebab ikutkan aku takde main gan sapa-sapa (dalam mimpi tu laaaaa... sekarang i dah ada suami hahahaha).
So aku terfikir-fikir napa mimpi mengandung ni asik datang dalam kepala aku miskipun aku dah berhenti berfikir yang aku teringin nak ada anak sendiri. Agaknye nak uji aku juga ni.

Hari semalam kepada semalam.. apa orang melayu sebut?? aku cerita kat laki aku, "Kawan-kawan ayang semua yang kawen dah mengandung. Alhamdulilah" kau tahu laki aku jawab apa?? " Ayang bila lagi?" ceh!!..

Pasal mimpi aku tu.. Fobia. takut tiba-tiba aku period dikala waktu tak dan ni hahaha.

You Might Also Like

8 Komen