Loya & Muntah

11:23 PG

 


Sebagai seorang ibu kucing yang berdedikasi tinggi, hari-hari aku kene kuat bagun pagi kemaskan makanan, tempat berak anak, isi air, belum lagi keadaan umah yang sangat memeningkan kepala punye bersepah ya amat tuan, baju berlonggok tak basuh gara-gara mesin basuh rosak. dan macam-macam lagi menyebabkan aku kuat makan. Tapi la ni, aku tak boleh makan sangat plus tekak aku loya dan ada sekali aku tengah rekod surat keluar dekat opis aku termuntah tapi aku tertelan balik sebab benda tu terjadi tanpa aku fikir lepas tu meloya balik sebab muntah tu terasa-rasa dekat tekak. Huwa!!

Rasanya dah dekat 2 minggu selera makan hye-hye bye-bye dengan aku. cinabeng betul. makan makanan sedap pun semua rasa biasa dan tak mengujakan hingga aku rasa perut kosong adalah keadaan best untuk aku. Laki aku dah senyum-senyum sebab dia cakap ITU PETANDA AYANG AKAN KURUS. haiss. tak sudah-sudah suruh aku kuruskan badan. Kurus macam jerangkung baru dia tahu kang!.

p/s: abg aku tegur aku kenapa berhabisan banyak kerana kucing. baik simpan kata dia. tapi aku pecinta kucing oo. sejak aku bela kucing aku tak rasa kucing aku membebankan aku tapi aku rasa kucing aku sentiasa ada untuk aku dalam susah atau senang. sepanjang aku bela kucing, belum pernah aku tak makan. aku bersyukur dengan rezeki yang tuhan beri, dan berkongsi rezeki itu dengan makhluk selain manusia. pasal beli kucing parsi mahal-mahal tu, ianya satu kepuasan. lalala


You Might Also Like

0 Komen