entah.

9:25 PG

Assalammualaikum W.B.T
Hari ni hari gaji tapi aku tak rasa happy nak melompat-lompat macam perasaan semalam yang tak sabar nak ada gaji. Pukul 6.30 pagi aku dah bangun check gaji dah masuk ke tak hari ni sebab aku rasa dah lame bebeno tak gaji ni. Tahun ni sikit derita la bila gaji lambat cam ni lagi lepas raya kemudian time-time begini terlalu banyak agenda yang memerlukan duit sampai aku rasa tak bernafas lagi dah.
Raya tahun ni banyak sangat berjalannya. Dah pergi terengganu, balik johor. dah pulak patah balik putrajaya terus pergi kedah patah balik johor baru balik terengganu. Dari Putrajaya-Timur-Selatan-Utara. Semua negeri kasi pusing dalam semenangjung ni.. Jenuh, poket aku kempis habis..meroyan aku tahun ni. 
Patutlah tuhan tak bagi aku baby lagi kalau tak, tak tahu macam mana aku nak handle baby dalam keadaan aktiviti aku kalahkan ahli parlimen pulak. Kus semangat-kus semangat. Kadang-kadang aku jeles orang takde masalah kewangan ni. Duit boleh tabur atas jalan punye. Aku ni bukan kata tak cukup duit. Nama gaji je beso. orang lain gaji sikit pandai menyimpan. tapi seriuslah tahun lepas dan tahun ni (kira dalam tempoh dua tahun ni) aku masih tak dapat menyimpan. Aku masih tak dapat nak kawal perbelanjaan aku padahal aku ni tak delah banyak sangat enjoynye.
Korang jangan salahkan aku bela kucing punca aku tak menyimpan. Aku betul-betul marah kalau orang sentuh bab kucing ni. Aku laki bini bahagia ada kucing. Atlist dengan kucing aku boleh sebut "ala buchuk-buchuk anak mama dah makan ke belum" daripada aku cakap dengan dinding nanti orang kata aku sewel. Yela maksud aku, bila suami aku kerja balik malam-malam, aku ada kawan main, kawan bercakap walaupun dia cuma balas "Meowwww".
Tahun 2013 nanti, walaupun ada lagi banyak bulan nak pergi ke 2012, aku harap aku dah boleh start menyimpan. Aku nak ready untuk persiapan untuk ada anak. Walaupun aku tak tahu bila masa dan ketikanya, aku harap aku dah bebetul ready untuk itu.
p/s: entri ni meroyan je. rajin betul korang baca. aishh. sakit perut pulak. jom g berak.

You Might Also Like

2 Komen