Bela Kucing? Duduk Apartment, Taik Dia Tak Bau Ke?

9:31 PG



Sejak aku  membel kucing ni, ramai yang tanya pupel perihal tahi kucing yang kita semua sedia maklum kus semangat bau dia tuhan je yang tahu. Macam mana nak handle biarpun guna pasir?? 


Sumber Gambar (Klik)

Pasir kucing ni sebenarnya sentiasa kene bersihkan. Kalau korang biar sampai tahi penuh baru nak buang tak guna juga. Busuk oooo. Macam mana nak bersihkan? kenelah ada pengaut dia.

Bagus pakai pengaut dia ni ialah kita boleh tapis tahi dia dari pasir yang masih boleh digunakan. Jadi tak perlu buang keseluruhan pasir kecuali pasir tu dah berbau. Kenalah buang. Ramai orang tanya tak bau ke biarpun ada pasir. Tips yang pupel gunakan ialah jangan beli pasir yang konon-konon ada bau apple la, bau rambutan la sebab bau-bau tu tak membantu pun untuk kurangkan bau tahi tapi makin busuk adalah. 

Pasir kucing yang paling bagus pernah aku  gunakan ialah seperti dibawah:


Sumber Gambar

Pasir ni sangat murah, tak berbau dan kedap bau tahi kucing yang busuk tu. Tapi la ni nak cari pasir ni punyelah susah sebab kedai yang jual pasir ni dah tak nak jual lagi. Dia kata susah nak dapat stok. Sekarang terpaksalah aku beli pasir biasa. Nak tak nak kenelah rajin tukar pasir sebab tak nak berbau.

Waktu meow kita berak, bau memang satu rumah. Bila ada tetamu cepat-cepat kene buang. Elok letak dekat tempat yang berangin. aku  letak dekat balkoni belakang rumah tapi, oleh sebab baru beli kucing baru dan mereka masih kecil, aku  takut dyeowg panjat dan jatuh. Macam kopi, dia tahu manjat tapi tak manjat tinggi-tinggi. tengok keadaan Nicko dan Nicky yang super aktiv tu takut pulak. 

Ha? tahi yang kita tapis tadi tu nak buang mana? Flush je dalam jamban. Senang cerita. Bukan apa duduk tingkat 5 ni takkan nak kumpul tahi dalam plastik bag dan buang. Sila ingat ye, bila kita kumpul tahi ni, ianya boleh mewujudkan virus yang merbahaya dan boleh membunuh simanja kita.

Bagi yang baru-baru nak membela kucing ni, pastikan komitmen anda begitu tinggi untuk pastikan tempat kumbahan simanja ni sentiasa bersih tau. Jangan hangat-hangat tahi ayam ok. Akhir kata pesanan dari Nicko Chalow


"Kalau nak bela kami jangan malas-malas ok!
Duit pun jangan kedekut-kedekut!
tak banyak tapi cukup untuk keperluan kami pun dah alhamdulilah.
Kami kuat makan, kuat tidur, kuat yak :)
Tapi kami comel :)"

You Might Also Like

5 Komen